awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok Pa gamatkan sidang DUN

Sinar Harian
Sinar Harian
31/10/2018
03:05 MYT
Tok Pa gamatkan sidang DUN
Mustapa tiba untuk menghadiri persidangan DUN Kelantan kira-kira jam 8.55 pagi, melambaikan tangan kepada wakil media yang menunggu ketibaannya hari ini. --fotoBERNAMA
Kehadiran Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed pagi ini menggamit suasana ceria pada permulaan persidangan hari akhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.
Kehadiran Mustapa yang juga Ahli DUN (ADUN) Ayer Lanas buat kali pertama hari ini disambut dengan seloroh daripada Speaker DUN, Datuk Abdullah Yaa’kub dan diiringi tepukan daripada anggota dewan.
Abdullah menyakat Mustapa ketika beliau bangun untuk berterima kasih kerana meluluskan ketidakhadirannya pada hari pertama dan kedua persidangan.
“Betul ke Ayer Lanas sudah berhijrah?” seloroh Abdullah kepada Mustapa dan Ahli Parlimen Jeli itu bingkas lalu menjawab “betul Datuk Speaker”.
Mustapa ketika bertanyakan soalan tambahan kepada ADUN Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob, turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan penghijrahannya ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dewan bingit seketika apabila Ahmad semasa menjawab soalan diajukan Mustapa, sempat mengucapkan “semoga berjaya dan selamat berhijrah” kepadanya.
Dalam pada itu, Abdullah juga mengumumkan permohonan ketidakhadiran ketua pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad untuk persidangan hari ini.
Kedatangan Mustapa, yang kini wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, ditunggu-tunggu media dan juga ahli Dewan selepas beliau berhijrah kepada Bersatu, Jumaat lalu.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu menyertai Bersatu setelah bertindak keluar UMNO bulan lalu.
Susulan tindakan Mustapa itu, landskap DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi berubah dengan 37 kerusi dikuasai PAS, tujuh oleh Barisan Nasional dan satu PH.
Topic Berkaitan
#Abdullah Yaa kub
#ADUN
#Bersatu
#Dewan Undangan Negeri
#DUN Kelantan
#keluar parti
#Mustapa Mohamed
#penghijrahan
#PPBM
#Speaker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan