Percaya atau tidak pada zaman serba canggih sekarang ini masih ada orang yang mengenakan harga RM2.50 untuk sekali gunting rambut seperti sejak lebih lima dekad lalu.
Di sudut ruang tamu sebuah rumah di Kampung Padang Katong, sebuah perkampungan tradisional masyarakat Cina di sini, kelihatan seorang wanita warga emas yang hampir mencecah satu abad masih gagah menggayakan gunting di jari untuk memotong rambut pelanggannya.
Sekali-sekala Teh Khai Looi, 80, yang lebih mesra dengan panggilan Toknya dalam kalangan penduduk kampung itu memandang ke arah lima orang pelanggannya yang masih setia menunggu giliran.
"Dulu (1962) upah RM0.25 sen sekepala (seorang), sekarang RM2.50 ia sudah sangat memadai bagi Toknya, buat apa cari untung lebih-lebih, bukan boleh buat apa pun," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.
Katanya beliau akan terus mengekalkan harga tersebut selagi khidmatnya diperlukan dan tidak bercadang sama sekali untuk menaikkan harga walaupun kedai gunting rambut lain di sekitar Kangar mengenakan bayaran antara RM20 hingga RM25 seorang.
"Toknya gunting rambut bukan kerana duit, lebih jauh lagi untuk kaya.. apa yang Toknya buat adalah untuk mencari kepuasan bagi diri sendiri.. kalau 'dok saja' (kalau tidak berkerja) nanti badan mulalah rasa sakit-sakit," katanya sambil melemparkan senyuman ke arah pelanggannya.
Toknya berkata, dalam sehari beliau hanya menerima enam hingga sepuluh orang pelanggan dan kebanyakan daripadanya adalah merupakan pelanggan tetap.
Katanya, walaupun jumlah pelanggan tidaklah ramai kerana tidak menawarkan pakej menarik seperti di salun-salun rambut pada masa kini, pelanggan tidak putus datang ke salunnya yang beroperasi pada jam 11 pagi hingga 7 malam.
Beliau berkata, pada zaman mudanya iaitu pada tahun 1957, beliau pernah merantau ke Pulau Pinang dan bekerja selama lima tahun di sebuah salun bagi mengasah bakat dengan kemahiran menggunting dan mendandan gaya rambut wanita.
Teh berkata, sebelum itu beliau hanya mempelajari kemahiran menggunting rambut secara sendiri tanpa bimbingan sesiapa kerana pada zaman itu tiada kursus-kursus khas mengenai potongan dan dandanan rambut.
"Setelah berkahwin bersama mendiang suami pada 1962, Toknya balik menetap di Perlis dan membuka kedai gunting rambut di rumah sendiri," katanya.
Sementara itu, seorang jururawat swasta Nazirah Anuar, 28, berkata beliau mula menggunting rambut di sini sejak darjah satu.
"Saya mula dibawa gunting rambut di kedai Toknya oleh emak sejak darjah satu lagi. Sejak dari itu saya menjadi pelanggan tetap Toknya kerana berpuas hati dengan hasil kerja tangannya.
"Lagipun beliau seorang yang peramah menyebabkan orang ramai rasa selesa dengannya," katanya ketika menunggu giliran di bangku yang disediakan di sudut tepi ruang tamu rumah kayu itu.
Beliau berkata selain itu juga sebagai orang tua, Toknya sering memberi nasihat berguna kepadanya agar bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkerjaan hingga berjaya dan tidak cepat berputus asa.
"Saya sudah anggap Toknya tidak ubah seperti nenek sendiri walaupun kami berlainan bangsa dan agama," katanya yang bakal menimang cahaya mata sulong tidak lama lagi.
Turut berkongsi pendapat, Hadma Hassan, 56 yang berkata beliau selesa menguna khidmat Toknya kerana belum ada tukang gunting lain yang mampu menawarkan perkhidmatan gunting rambut yang memuaskan hatinya.
Hadma berkata harga yang dikenakan juga murah menyebabkan beliau sering datang ke sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 18 2019
Teh (kiri) menunjukkan kemahirannya menggunting rambut ketika tinjauan Bernama di kedainya baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KPDNHEP keluar 633 notis kepada pengusaha kedai gunting dan dandanan rambut
Pengusaha atau pemilik kedai terbabit diberi masa antara tiga hingga lima hari untuk memberi penjelasan atau maklumat bagi hal berkaitan.
Toknya pertahan harga RM2.50 untuk gunting rambut sejak lima dekad
Wanita warga emas yang hampir mencecah satu abad masih gagah menggayakan gunting di jari untuk memotong rambut pelanggannya.