awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokoh sejarawan Kedah meninggal dunia

Bernama
Bernama
19/12/2020
15:34 MYT
Tokoh sejarawan Kedah meninggal dunia
Wan Shamsuddin, 88, meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang tadi dan jenazah telah dibawa pulang ke kediaman keluarganya. -Gambar/ Bernama
ALOR SETAR:Tokoh sejarawan negeri Kedah dan juga bekas pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof meninggal dunia dipercayai kerana sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini hari ini.
Pengerusi PSMCK Dr Ibrahim Bakar memberitahu bahawa Wan Shamsuddin, 88, meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang tadi dan jenazah telah dibawa pulang ke kediaman keluarganya di sini dan difahamkan jenazah akan dikebumikan pagi esok.
"Saya amat terkejut apabila menerima berita kematian mantan pengerusi PSMCK ini kerana baru sahaja bersembang dengan Allahyarham ketika berjumpanya baru-baru ini.
"Kehilangan Allahyarham ini sangat besar bukan sahaja kepada persatuan tetapi seluruh Kedah kerana diibaratkan seperti khazanah ensiklopedia sejarah berikutan Allahyarham sangat mencintai dunia sejarah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat PSMCK Mohd Faisal Mustaffa menyifatkan Allahyarham yang mesra dengan panggilan 'Tok Wan' semasa hayatnya sebagai seorang yang mesra dan mempunyai minat mendalam dalam bidang sejarah.
"Selepas meninggalkan jawatan pengerusi PSMCK, kita telah lantik beliau sebagai penasihat PSMCK kerana beliau seorang yang berpengetahuan dan kita selalu panggil beliau ke seminar dan program anjuran kita untuk menyampaikan mengenai sejarah negara khusus negeri Kedah," katanya.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor turut merakamkan ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian tokoh itu suatu kehilangan besar yang sukar dicari ganti.
Beliau berkata legasi yang ditinggalkan Allahyarham sepanjang menerajui PSMCK telah memberikan impak yang besar dalam penerokaan minat terhadap aktiviti pensejarahan dan kebudayaan masyarakat negeri ini.
"Datuk Wira (Dr) Wan Shamsuddin telah membuktikan kesungguhan dan minat yang sangat mendalam dalam bidang kaji selidik serta penghasilan artikel, jurnal serta buku-buku berkaitan sejarah Negeri Kedah yang bernilai tinggi.
"Semoga usaha bakti Allahyarham dibalas dengan sebesar-besar ganjaran pahala di sisi Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tokoh
#sejarawan negeri Kedah
#Persatuan Sejarah Malaysia
#Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof
#meninggal dunia
#sejarawan
#KMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan