awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Penembak wanita negara kandas di pusingan kelayakan

Bernama
Bernama
31/07/2021
07:15 MYT
Tokyo 2020: Penembak wanita negara kandas di pusingan kelayakan
Nur Suryani, menjadi atlet pilihan Persatuan Kebangsaan Menembak Malaysia (NSAM) yang diberikan satu slot wild card bagi sukan menembak di Tokyo berdasarkan prestasinya yang konsisten. - Gambar fail/ Stadium Astro
TOKYO: Cabaran penembak wanita negara Nur Suryani Mohamed Taibi dalam acara 50 meter (m) Rifle 3 Posisi Wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tamat di pusingan kelayakan selepas menamatkan saingan di tempat ke-34 pada aksi di Lapangan Menembak Asaka, hari ini.
Nur Suryani, 38, hanya berjaya mengumpul 1,142 mata dalam keseluruhan bidikannya, namun ia jauh daripada catatan terbaiknya yang juga rekod kebangsaan iaitu 1,172 mata dan rekod tidak rasmi 1,182 mata yang dilakukan pada sesi latihan terakhir sebelum berlepas ke Tokyo.
Pemenang pingat emas Kejohanan Eropah yang mewakili Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) Yulia Zykova mengungguli saingan dengan 1,182 mata.
Penembak Amerika Syarikat (USA) berusia 27 tahun, Sagen Maddalena di tempat kedua berkongsi mata 1,178 mata bersama Jolyn Beer dari Jerman yang merangkul tiga pingat emas di Kejohanan Dunia 2018 di Changwon, Korea Selatan, di kedudukan ketiga.
Hanya lapan penembak terbaik daripada keseluruhan 37 peserta layak ke peringkat akhir, seterusnya akan bersaing untuk merebut pingat emas.
Sukan Olimpik Tokyo menjadi penampilan kedua Nur Suryani di temasya sukan berprestij itu selepas mencuri tumpuan peminat sukan global pada edisi London 2012, apabila bertanding dalam acara 10m Air Rifle Wanita, meskipun sedang sarat mengandung lapan bulan.
Nur Suryani, menjadi atlet pilihan Persatuan Kebangsaan Menembak Malaysia (NSAM) yang diberikan satu slot wild card bagi sukan menembak di Tokyo berdasarkan prestasinya yang konsisten.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#Sukan Olimpik
#penembak negara
#Nur Suryani Mohamed Taibi
#tewas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan