awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
Serangan AS ke atas Venezuela cetus duluan berbahaya - Ketua PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Reezal Merican ucap tahniah kepada Aaron-Wooi Yik

Bernama
Bernama
31/07/2021
15:55 MYT
Tokyo 2020: Reezal Merican ucap tahniah kepada Aaron-Wooi Yik
Reezal berkata, kesungguhan dan semangat juang dipamerkan oleh Aaron-Wooi Yik sepanjang kempen di Tokyo cukup membanggakan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merakamkan ucapan tahniah kepada beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menghadiahkan pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Beliau berkata walaupun tidak berjaya mempertahankan pingat perak yang dimenangi Goh V Shem-Tan Wee Kiong di Rio 2016, namun kesungguhan dan semangat juang dipamerkan oleh Aaron-Wooi Yik sepanjang kempen di Tokyo cukup membanggakan.
"Tahniah Aaron dan Wooi Yik atas kalungan pingat gangsa. Alhamdulillah. Rezeki hari kesembilan temasya ini akhirnya menghadirkan pingat pertama buat negara.
"Saya dapat lihat tadi kesungguhan Aaron dan Wooi Yik dengan aksi persembahan yang cukup bertenaga. Saya tahu bukan mudah untuk berhadapan dengan lawan berpengalaman lebih-lebih lagi ini adalah penampilan pertama pasangan negara ini ke Olimpik.
"Pastinya seluruh rakyat Malaysia bergembira dan berbangga dengan kejayaan ini. Tahniah Aaron-Wooi Yik. Teruskan usaha. Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar untuk mencipta lebih banyak kegemilangan #DemiMalaysia," demikian reaksinya di Facebook.
[ TERKINI] Pasukan beregu negara bawa pulang pingat gangsa
Aaron-Wooi Yik merangkul pingat gangsa selepas menewaskan pasangan nombor dua dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam itu.
Reezal Merican turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih mereka Flandy Limpele yang menabur bakti melatih beregu mencapai tahap meraih pingat Olimpik dalam penampilan pertama, selain mendoakan kejayaan buat barisan atlet negara yang masih meneruskan perjuangan di Tokyo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#tahniah
#menteri
#Reezal Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan