awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tolak ICERD tak apa, tetapi Suhakam tidak akan berputus asa

Firdaus Azil, Diyana Ibrahim
Firdaus Azil, Diyana Ibrahim
09/12/2018
07:05 MYT
Tolak ICERD tak apa, tetapi Suhakam tidak akan berputus asa
Suhakam berharap Pakatan Harapan terus komited memastikan hak asasi manusia dapat diangkat di negara ini.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan terus menasihati kerajaan untuk meratifikasi baki enam konvensyen teras hak asasi manusia lagi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).
Pengerusinya Tan Sri Razali Ismail berkata, biarpun pihaknya agak kecewa apabila kerajaan menolak ICERD, namun badan itu perlu terus memastikan kerajaan dapat mengiktiraf konvesyen itu, di samping memastikan rakyat Malaysia dapat memahami aspirasi disebaliknya.
“Kita akan terus nasihatkan kerajaan untuk semua aspek termasuk ICERD. Walaupun kami kecewa kami belum berputus asa,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Kebangsaan di Padang Timur, di sini hari ini.
GALERI FOTO: Himpunan 812
LAPOR LANGSUNG: 55,000 banjiri Himpunan 812
Sementara itu Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph mengakui adalah satu perkara biasa jika badan tersebut mempunyai pandangan yang tidak selari dengan kerajaan.
Katanya menjadi peranan Suhakam terus menasihati dan beliau yakin bahawa peruntukan dalam ICERD tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan hak Melayu dan Bumiputera.
“Dalam pengalaman Suhakam selama 19 tahun, bukan selalu kerajaan setuju dengan pendapat kita tapi apa hendak buat, dah tugas kita untuk beri nasihat.
“Harapan kita kerajaan akan jadi lebih yakin, dan kita akan teruskan dengan perbincangan dan dialog," katanya
Di bawah pemerintahan kerajaan baharu, Jerald berkata, adalah menjadi harapan mereka agar hubungan antara dua pihak itu lebih baik dalam usaha memastikan hak asasi manusia dapat disuburkan di negara ini.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#ICERD
#kerajaan
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Perlembagaan Persekutuan
#rakyat Malaysia
#Suhakam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan