MALAYSIA
Tolak segala perbuatan buli fizikal atau emosi - Sultan Kedah
Sultan Sallehuddin bertitah kejayaan pelajar bukan hanya diukur menerusi pencapaian akademik semata-mata, tetapi turut merangkumi sahsiah dan akhlak yang terpuji. -Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah supaya semua pihak menolak segala perbuatan dan amalan yang tidak berakhlak seperti membuli sama ada secara fizikal atau emosi yang boleh membawa kepada kemudaratan.
Ringkasan AI
Sultan Sallehuddin bertitah semua pihak harus ke arah membina budaya kasih sayang dan hormat-menghormati dan menolak gejala membuli terutamanya dalam kalangan pelajar agar mereka akan terus cemerlang dan berakhlak mulia pada masa hadapan.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Haflu Takrim Al Mutafawwiqin 2025 Lembaga Maktab Mahmud Kedah Tahun 1447H/2025M di sini, hari ini.
Sultan Sallehuddin bertitah kejayaan pelajar bukan hanya diukur menerusi pencapaian akademik semata-mata, tetapi turut merangkumi sahsiah dan akhlak yang terpuji.
"Beta amat sukacita kerana dapat meraikan semua pelajar yang berjaya memperoleh kejayaan cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah bagi tahun 2024.
"Beta berbangga dengan perkembangan dan prestasi terkini yang dicapai pelajar Maktab Mahmud Kedah dan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman.
"Usaha gigih dan dedikasi anda dalam menuntut ilmu telah mencapai kejayaan dan membuahkan hasil yang membanggakan.
"Kepada ibu bapa dan guru-guru, beta ucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas bimbingan dan sokongan dalam mendidik anak-anak dan pelajar-pelajar," titah baginda.
Sultan Kedah bertitah ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pelbagai institusi lain perlu bersama-sama bertanggungjawab menggembleng tenaga bagi membantu melengkapkan tugas guru dan sekolah.
"Ilmu pengetahuan adalah kunci kepada kemajuan. Teruskanlah usaha menuntut ilmu, bukan sahaja di bangku sekolah tetapi juga sepanjang hayat.
"Jadilah insan yang berilmu, berketerampilan serta sentiasa bersedia berbakti kepada agama, bangsa dan negara," titah baginda.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sultan Kedah Sultan Sallehuddin menyeru semua pihak menolak amalan tidak berakhlak seperti buli, khususnya dalam kalangan pelajar.
- Baginda menekankan kepentingan membina budaya kasih sayang dan hormat, serta menilai kejayaan pelajar bukan hanya dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan akhlak.
- Sultan Sallehuddin turut menggesa kerjasama ibu bapa, masyarakat dan institusi dalam mendidik generasi berilmu dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.