awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toleransi Agama: Jaminan perlembagaan yang perlu difahami ahli politik

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
05/06/2023
04:10 MYT
Toleransi Agama: Jaminan perlembagaan yang perlu difahami ahli politik
Mazlan menekankan adalah perlu saling hormat-menghormati kepada kaum-kaum lain yang beragama selain Islam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: "Agama Islam itu sendiri adalah agama yang bertoleransi kepada agama-agama yang lain".
Itu ulasan Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UTM) Mazlan Ali sambil menekankan sebagai agama rasmi Malaysia dan umat Islam sebagai kaum majoriti di negara ini, adalah perlu saling hormat-menghormati kepada kaum-kaum lain yang beragama selain Islam.
Perkara itu katanya, merupakan jaminan perlembagaan yang perlu difahami oleh semua pihak termasuk pemimpin politik.
Tegasnya, isu-isu agama selalu menjadi sangat kondusif dalam kempen-kempen pilihan raya terutama dalam mendapat sokongan namun ia boleh mengundang bahaya kepada negara.
“Malaysia mempunyai pelbagai bangsa, kita mempunyai ratusan suku kaum termasuklah suku kaum peribumi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang berbeza dari segi kepercayaan dan budaya serta pemikiran.
"Sudah pasti perkara ini perlu dipelihara dan toleransi perlu dikekalkan walaupun isu agama menjadi sangat kondusif dalam kempen pilihan raya.
“Kesan buruknya, ia boleh mencetuskan ketidakharmonian dan salah faham yang mengundang mudarat kepada negara,” jelasnya.
Namun katanya, ada segelintir pemimpin politik yang menggunakan isu perkauman demi meraih populariti dalam masa singkat.
“Kita akui di Malaysia banyak ahli politik yang baik dan faham kedudukan negara sebagai negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, maka mereka berpolitik dalam keadaan positif,
“Ada yang juga yang menggunakan isu perkauman bertujuan untuk meraih populariti dalam masa yang singkat. Namun politik yang matang adalah di mana mereka berpolitik sambil menimbang tentang kestabilan, keharmonian, masa depan negara dan kehidupan rakyat,” katanya lagi.
Ulasan berkenaan susulan dari Titah Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar tidak menjadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik.
Topic Berkaitan
#Islam
#Mazlan Ali
#saling hormat-menghormati
#jaminan perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan