KUALA LUMPUR: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar tidak menjadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik.
Yang di-Pertuan Agong bertitah, semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Baginda menambah, semua rakyat juga perlu menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam.
"Namun demikian, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan aman dan damai.
"Semangat penuh toleransi rakyat Malaysia dalam kemajmukan yang ada, sebenarnya adalah asas kekuatan utama negara.
"Justeru, bagi membina sebuah negara yang gagah perkasa, maju jaya, berwibawa, dan bermaruah, kita semua hendaklah membuang agenda retorik perpecahan.
"Sebaliknya, bersatu hati untuk mengemudi negara ke arah pembentukan masa hadapan yang lebih baik," titah Al-Sultan Abdullah malam ini, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda pada Isnin ini.
Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan kesyukuran kerana hari keputeraan rasmi pada tahun ini disambut dalam suasana lanskap negara yang stabil dan sentosa.
Jelas Al-Sultan Abdullah, proses pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah berlangsung dengan penuh lancar dan dalam suasana aman dan damai.
"Ini adalah bukti jelas bahawa amalan demokrasi yang diamalkan sejak tujuh dekad yang lalu masih kekal subur di negara ini.
"Amalan demokrasi ini hendaklah terus menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian negara.
"Negara kita Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah negara yang maju dan disegani," tambah Al-Sultan Abdullah.
Baginda berkata, kekuatan utama negara ini adalah kerana rakyatnya.
Oleh kerana itu, Al-Sultan Abdullah bertitah Malaysia telah dilimpahi dengan nikmat keamanan, kepelbagaian sumber, dan modal insan yang berkualiti serta mempunyai semangat juang yang tinggi.
Rakyat Malaysia juga, jelas baginda telah sekian lama berjaya mencipta nama di persada dunia dalam pelbagai bidang termasuk mencorak lanskap geopolitik serantau dan global.
Sementara itu, baginda turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, anggota pentadbiran, penjawat awam serta anggota pasukan keselamatan yang menyumbang kepada kesejahteraan dan keamanan negara.
"Beta ingin mengajak barisan kepemimpinan negara untuk terus berkhidmat setulus hati dan meningkatkan usaha membentuk sistem pentadbiran negara yang cekap, mesra rakyat, dan berintegriti demi membela masa hadapan rakyat beta dan negara yang bertuah ini," titah Al-Sultan Abdullah lagi.
Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 04 2023

Yang di-Pertuan Agong bertitah, semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan - Foto/Tangkap layar video
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin - 25 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Watak di sebalik kecanggihan, keunikan majlis perasmian
Dari awal kemasukan kontinjen sehinggalah kepada persembahan, semuanya mendapat pujian kerana China menyuntik elemen digital dalam hampir setiap sentuhan mereka.

PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke APEC 2023 di AS November ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
Penggunaan pelekat harga pada kampit BPI dibenarkan sementara
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan hingga 30 Nov ini.

Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong
Semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.