awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tolong, jika tak tahu jangan buat andaian' - Jururawat nafi suntik 'angin' kepada anak KJ

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/02/2022
04:07 MYT
'Tolong, jika tak tahu jangan buat andaian' - Jururawat nafi suntik 'angin' kepada anak KJ
Jururawat berkenaan berkata dia langsung tidak membuang vaksin COVID-19 seperti didakwa dan berharap orang ramai tidak menyebarkan berita tidak benar itu. -Facebook KKM
JURURAWAT yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada anak Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, menyangkal dakwaan bahawa dia menyuntik 'angin' kepada Raif.
Dalam satu muat naik di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jururawat yang tidak didedahkan namanya itu memohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan perkara tersebut.
“Tolong, tolong, tolong, jika anda tidak tahu jangan buat andaian dan jangan tuduh kerana ini melibatkan kehidupan orang.
"Jika perkara ini jadi kepada diri anda, apa yang anda rasakan? Tidak selesa, sakit hati dan geram.
“Saya cuma buat kerja saya sedaya upaya untuk lancarkan proses dan berikan keselesaan kepada kanak-kanak yang saya cucuk vaksin.
"Saya tidak mahu menjadikan perkara ini sesuatu perkara yang mentraumakan mereka.
“Kalau anda tidak mahu ambil vaksin COVID-19 tidak mengapa, tetapi jangan tuduh orang secara tidak berasas seperti itu,” katanya pada Rabu.
COVID-19 | Jururawat suntik anak KJ, nafi suntik 'angin'
Raif yang berusia enam tahun selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Isnin lepas.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 10 saat memaparkan Raif yang disuntik vaksin COVID-19 oleh jururawat berkenaan dengan kapsyen dakwaan dos tersebut dibuang terlebih dahulu sebelum disuntik ke lengan anak Menteri Kesihatan itu.
Khairy turut membidas dakwaan tersebut sebagai fitnah dan memberi amaran kepada golongan antivaksin agar tidak menganggu ibu bapa yang mahu mendapatkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.
BACA: Jangan ganggu ibu bapa mahu vaksin anak mereka - KJ
Liputan dan pendaftaran #PICKids semakin meningkat. Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak. Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin. Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka. pic.twitter.com/7D1OYPDb4y
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 16, 2022
Mengulas lanjut, jururawat itu turut menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) untuk menyuntik kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) yang bermula 3 Februari lalu.
“Saya melakukan prosedur sama seperti ibu bapa yang lain.
"Saya ambil vaksin dan tunjukkan bebuli itu kepada ibu dan ayah serta saya tunjukkan juga bagaimana saya ambil dos vaksin daripada bebuli berkenaan dan masukkan ke dalam picagari.
“Saya dah tunjuk kepada ibu dan ayah dan mereka nampak serta bersetuju dengan dos vaksin Pfizer iaitu 0.2 mililiter (ml).
"Tapi kita kena berinteraksi dengan kanak-kanak sebab faham dia punya ketakutan terhadap jarum dan saya terpaksa pegang mereka agar tidak lari atau bergerak.
“Saya tidak akan tunjukkan jarum itu kerana kanak-kanak akan jadi takut dan saya terpaksa letakkan tangan saya ke bawah dan cuba alih perhatian mereka seperti menyuruh mereka mengira satu hingga 10.
"Apabila mereka dah selesa baru saya akan menyuntik vaksin ke lengan mereka serta tunjukkan picagari itu semula kepada ibu bapa,” jelasnya.
Tambah jururawat berkenaan, dia langsung tidak membuang vaksin COVID-19 dan berharap orang ramai tidak menyebarkan berita tidak benar berkaitan suntikan diberikannya itu.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#jururawat
#dakwaan suntik angin
#anak KJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan