KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan 12 pihak lain memohon untuk membatalkan saman difailkan bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Prof N. Sundra Rajoo terhadap mereka berhubung penahanan dan pendakwaan salah berkaitan kes pecah amanah wang AIAC.
Sundra Rajoo selaku plaintif turut menamakan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull; beberapa pegawai SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya iaitu Khong Hui Li; Mohd Adrian Zaiman Zainiar; Md Yusrin Md Yusof; Mohd Fadhly Mohd Zamry; T. Nesavan; G. Sharan Raj; Hasmizzy Md Hasim; Kamal Baharin Omar dan Mohd Zaki Mohd Salleh serta SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam saman itu.
Berdasarkan notis permohonan pembatalan saman yang difailkan pada 5 Nov lalu, kesemua defendan mendakwa pernyataan tuntutan plaintif mendedahkan kausa yang tidak munasabah, mengaibkan, remeh dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili kesemua defendan ketika dihubungi pemberita berkata pada pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Nurliana Ismail hari ini, mahkamah menetapkan 3 Jan 2022 untuk pengurusan kes selanjutnya.
Menerusi pernyataan tuntutan, Sundra Rajoo mendakwa beliau telah ditahan oleh Mohd Adrian dan Md Yusrin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari 8 malam pada 20 Nov 2018 hingga 5 petang, 21 Nov 2018 atas arahan Mohamad Shukri dan Thomas dan mendakwa penahanannya itu telah melanggar undang-undang di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Sundra Rajoo mendakwa Mohd Adrian dan Md Yusrin menahannya walaupun beliau telah memberitahu mereka bahawa beliau telah diberikan keistimewaan dan kekebalan seperti yang diberikan kepada seseorang ejen diplomatik berkenaan dengan tindakan dan perkara yang dilaksanakan dalam kapasitinya sebagai pegawai tinggi.
Plaintif mendakwa ini adalah kerana berdasarkan kedudukannya sebagai pengarah AIAC (ketika itu), beliau merupakan seorang pegawai tinggi dalam tafsiran Peraturan-Peraturan Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur 1996 (Peraturan-Peraturan AIAC) yang dibuat di bawah Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 (Akta 485).
Selain itu, Sundra Rajoo mendakwa beliau juga telah direman dan disingkirkan secara paksa dari jawatannya sebagai Pengarah AIAC selain mendakwa akibat daripada penahanan itu, beliau telah dicemuh dan reputasinya turut terjejas.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3,749,557.26, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah pada kadar lima peratus dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh ke atas semua jumlah yang diperintahkan, kos atau perintah lanjutan yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Kesemua defendan mendakwa pernyataan tuntutan plaintif mendedahkan kausa yang tidak munasabah, mengaibkan, remeh dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah. - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.
Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".
Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.
Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Beliau berhasrat menarik diri atas alasan suaminya pernah berkhidmat di bawah Thomas dan kerana kes berkenaan melibatkan kepentingan awam.
Najib dibenar ke mahkamah dengar rayuan saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas pada 4 Okt
Najib dibenar hadir ke mahkamah minggu depan untuk pendengaran rayuannya berhubung saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Senarai nama jawatankuasa RCI siasat buku Tommy Thomas akan dikemuka kepada Agong - Zahid
Ahmad Zahid berkata, butiran senarai nama itu akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Rayuan Najib gugurkan dua peguam Tommy Thomas ditolak
Hakim Hanipah berkata tiada kaitan antara kedua-dua peguam cara itu dan punca tindakan Najib dalam saman tersebut.
Najib dibenar hadir ke mahkamah, ikuti prosiding rayuan berkaitan saman terhadap Tommy Thomas
Kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke mahkamah adalah penting bagi membolehkan peguambela mendapat arahan yang sewajarnya daripadanya (Najib) berhubung rayuan itu.
Pendakwaan salah: Sundra Rajoo tidak teruskan saman terhadap Tommy Thomas, 12 lagi
Ini berikutan Sundra Rajoo telah memfailkan notis pemberhentian menerusi Tetuan Cheok Ng Lee Law Chambers pada 8 Mac lepas.
Laporan siasatan buku: Permohonan pasukan petugas, kerajaan batal saman Tommy Thomas didengar 15 Jun
Thomas memfailkan saman itu dengan menamakan Pengerusi Pasukan Petugas Khas, tujuh ahli pasukan itu dan kerajaan sebagai defendan.