GEORGE TOWN: Jurukimpal yang parah dalam kejadian kebakaran sebuah kapal tongkang di Gat Lebuh Macallum, di George Town pagi Selasa dilaporkan telah meninggal dunia.
Mangsa, Yaser Abdullah, 60 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 2 petang.
Manakala lima jurukimpal, Lee Hock Keng, Mohamad Din Awang Senit, Yap Yew Poh, Lee Eng Hock dan Mohamad Mukri Abd Rahim yang cedera sedang menerima rawatan di hospital sama.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Saadon Moktar memaklumkan kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.50 pagi ketika enam jurukimpal itu sedang melakukan kerja menyelenggara di tingkat atas kapal tongkang kosong berkenaan.
Siasatan pihaknya mendapati letupan dilaporkan berlaku sebelum tongkang tersebut terbakar.
Saadon berkata, pihaknya percaya kebakaran berlaku berikutan masih terdapat simpanan atau wap gas dalam ruang bawah kapal berkenaan sekali gus mencetuskan letupan kuat yang dirasai sejauh dua kilometer dari tempat kejadian.
"Ketika kejadian kesemua mangsa berada di atas dek kapal tongkang ini, mereka sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di atas kapal, berlaku letupan mungkin daripada bahagian bawah kapal, akibat letupan kuat itu, mangsa telah terpelanting, seorang mengalami kecederaan parah manakala lima yang lain cedera ringan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya pada Selasa.
Saadon berkata ini adalah kejadian kedua pada tahun ini membabitkan kejadian letupan tongkang di kawasan sama.
BACA: Tongkang terbakar: Seorang anak kapal parah, lima lagi cedera
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Dec 28 2021
Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat meninjau kesan kebakaran dan letupan yang melibatkan sebuah tongkang di Gat Lebuh Macallum. - Foto BERNAMA
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega
Putera dan Stacy berada ditangga dua terbawah selepas masing-masing memperoleh markah 71.33 peratus dan 74.21 peratus daripada juri tetap.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Tongkang terbakar: Seorang jurukimpal maut, lima masih terima rawatan
Yaser Abdullah meninggal dunia ketika ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 2 petang.
Tongkang terbakar: Seorang anak kapal parah, lima lagi cedera
Enam kru cedera selepas sebuah kapal tongkang terbakar dalam kejadian di Gat Leboh Macallum - Pengkalan Weld, Georgetown, Pulau Pinang.