awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Pua teruja menantikan sesi debat bersama Arul Kanda

Sathesh Raj
Sathesh Raj
31/10/2015
08:29 MYT
Tony Pua teruja menantikan sesi debat bersama Arul Kanda
PUA: Saya akan bertemu Arul buat kali pertama dan bertanya soalan-soalan yang rakyat Malaysia sudah lama menantikan jawapannya. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Ahli Parlimen DAP Tony Pua melahirkan rasa teruja beliau apabila Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menyahut cabarannya untuk satu sesi bual bicara secara langsung atau debat tanpa sebarang syarat.
"Saya akan bertemu Arul buat kali pertama dan bertanya soalan-soalan yang rakyat Malaysia sudah lama menantikan jawapannya.
"Saya amat yakin bahawa pemenang terbesar daripada perbincangan secara langsung ialah rakyat Malaysia di luar sana yang kecewa, bingung dan mungkin keliru dengan penipuan yang kelihatan berlaku dalam 1MDB," kata Tony Pua dalam satu kenyataan sebagai reaksi balas kepada kenyataan Arul yang menarik balik syarat yang dikenakan sebelum ini.
Tony juga yakin butiran mengenai sesi debat itu akan diuruskan kedua-dua belah pihak dalam masa terdekat.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Salleh Said Keruak kerana menawarkan RTM untuk menjadi tuan rumah sesi debat berkenaan.
Tony Pua melontarkan cabaran buat Arul Kanda pada Oktober 29 agar mengadakan satu lagi wawancara langsung bersamanya susulan program khas "Bernama TV with Arul Kanda" yang disiarkan pada Rabu.
Arul Kanda ketika menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan dalam program itu antara lain berkata tiada apa yang hendak disembunyikan dan 1MDB bukan punca nilai ringgit jatuh.
Arul Kanda sebelum ini menyahut cabaran Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu untuk mengadakan satu wawancara secara langsung di televisyen.
Namun beliau mahu Tony Pua meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda Kandasamy
#DAP
#debat
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan