KUALA LUMPUR:Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) menjangka pendapatannya untuk tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Ogos, 2021, akan terjejas sebanyak tiga peratus berikutan penggantungan sementara operasi kilangnya di Klang, Selangor.
Bagaimanapun, pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata pihaknya menjangkakan tidak akan dikenakan penalti kerana kelewatan penghantaran.
"Kesan daripada gangguan sementara ini dijangka akan menyebabkan beberapa kelewatan dalam jadual penghantaran kami antara dua hingga empat minggu," katanya.
Top Glove berkata syarikat itu menjalankan operasi di pelbagai lokasi dan negara dengan pelan kesinambungan perniagaan sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan risikonya.
Pada Isnin lepas, pihaknya mengumumkan penutupan kilangnya untuk membolehkan pekerja kilang itu disaring dan menjalani kuarantin berikutan peningkatan kes COVID-19 di situ.
Sebanyak 16 fasiliti pembuatannya di Meru, Klang telah menghentikan pengeluaran buat sementara waktu sejak 17 November lepas dan setiap fasiliti itu akan dapat beroperasi semula secara berperingkat selepas para pekerja selesai menjalani ujian 'swab' dan kerja-kerja nyah cemar terhadap kilang tersebut.
Dua belas fasiliti lain kini beroperasi dengan kapasiti sekitar 20 peratus dan akan ditutup buat sementara waktu untuk proses ujian 'swap' terhadap pekerja dan ia akan dibuka semula selepas kerja-kerja nyah kuman dilakukan sepenuhnya.
Daripada segi kesan terhadap jumlah kapasiti pengeluaran bagi tempoh sekitar 14 hari, berdasarkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) dari 17 Nov hingga 30 Nov, 28 fasiliti yang terjejas di Meru mewakili sekitar 50 peratus daripada jumlah kapasiti pengeluaran syarikat.
"Sebagai langkah mengurangkan risiko, Top Glove telah menjadualkan semula pelan pengeluarannya untuk fasiliti yang tidak terjejas untuk memenuhi pesanan yang penting," katanya.
Harga saham Top Glove turun 55 sen kepada RM6.80 pada penutup sesi dagangan Bursa Malaysia hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 24 2020

Top Glove berkata syarikat itu menjalankan operasi di pelbagai lokasi dan negara dengan pelan kesinambungan perniagaan sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan risikonya. -Foto Bernama

Dakwaan wanita, anak dijangkiti COVID-19 kerana kehilafan KKM disiasat - Dr Noor Hisham
KKM sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

Ahmad Said dan isteri positif COVID-19
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif COVID-19.

Majikan tanggung kos saringan COVID-19 dapat potongan cukai berganda
Majikan yang menanggung kos saringan COVID-19 akan mendapat potongan cukai berganda bagi bayaran kos saringan pekerja yang dibuat sepanjang tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul.

AWANI Ringkas: Menteri Perpaduan positif COVID-19 | Top Glove selar laporan CBC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agenda AWANI: ADGMIN1 | Transformasi sektor digital ranrau ASEAN
Diskusi Nazri Kahar bersama Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai transformasi sektor digital negara-negara rantau ASEAN jam 9 malam ini dalam Agenda AWANI di saluran 501 dan astroawani.com

Agenda AWANI: COVID-19 | Mengimbangi pengoperasian pendidikan dan kesihatan
Masih keliru siapa yang patut ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka apabila sekolah dibuka semula esok? Bagaimana KPM memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidik? Jangan lupa ikuti penerangan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim jam 830 mlm ini dalam Agenda AWANI bersama Nazri Kahar di saluran 501 dan astroawani.com

Proklamasi Darurat | PH konsisten mahu sidang Parlimen diadakan
Pembangkang akan terus mendesak supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.
![AWANI 7:45 [09/01/2021]: Kes positif COVID-19 meningkat | Tambah tempoh penjara dan sebatan AWANI 7:45 [09/01/2021]: Kes positif COVID-19 meningkat | Tambah tempoh penjara dan sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/8336678391611060432562/1886280_36721285511611060704240_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [09/01/2021]: Kes positif COVID-19 meningkat | Tambah tempoh penjara dan sebatan
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - PKP seluruh negara kecuali Sarawak. - Hukuman terhadap LGBT dipertingkatkan. - Annuar Musa tempelak Ahmad Maslan. #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

China kuasai pasaran pembuatan kapal dunia
China menguasai 48.8 peratus tempahan kapal baharu dunia selaras dengan pemulihan industri pembuatan kapal negara berkenaan. Ia diikuti Korea Selatan dan Jepun yang masing-masing menguasai 41.4 peratus dan 7 peratus pasaran dunia.

Fros membentuk pemandangan unik di Jilin
Pembentukan kabus tebal yang bersentuhan dengan objek di bawah paras beku menyebabkan fros terbentuk sekali gus memberikan permandangan yang unik. Lapisan fros dengan pelbagai bentuk menjadikan tebingan Sungai Songhua seolah-olah sebuah alam fantasi.

Top Glove jangka perolehan terjejas bagi tahun kewangan 2021
Top Glove berkata syarikat itu menjalankan operasi di pelbagai lokasi dan negara dengan pelan kesinambungan perniagaan sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan risikonya.

Pemegang saham Top Glove terima dividen hampir RM1 bilion
Top Glove Corporation Bhd telah mengumumkan dividen akhir sebanyak 8.5 sen, membabitkan bayaran lebih kurang RM691.8 juta.