awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Top Glove sahkan 17 pekerjanya diuji positif COVID-19 sejak Januari

Bernama
Bernama
05/11/2020
05:11 MYT
Top Glove sahkan 17 pekerjanya diuji positif COVID-19 sejak Januari
Pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata pekerja yang terjejas tidak menunjukkan gejala dan kebanyakan mereka tidak demam. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Top Glove Corporation Bhd mengesahkan bahawa 17 kes dalam kalangan pekerjanya, mewakili kurang daripada 0.1 peratus daripada jumlah tenaga kerja kumpulan yang seramai 21,000, diuji positif COVID-19 sejak Januari 2020.
Dalam satu kenyataan, pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata pekerja yang terjejas tidak menunjukkan gejala dan kebanyakan mereka tidak demam.
Mereka telah diasingkan setelah ujian sapuan (swab) diambil pada Isnin, dan semenjak itu telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan selepas keputusannya menunjukkan positif.
Pembersihan rapi dan kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh di kilang yang terlibat, kuarters tempat tinggal dan kenderaan syarikat telah dijalankan mengikut garis panduan daripada Kementerian Kesihatan, katanya.
Pada masa sama, menjejaki kontak sedang dijalankan dan pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan pekerja terbabit telahpun diuji dan diarah kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan.
"Tidak ada impak kepada operasi Top Glove. Kami ingin mengulangi bahawa keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan rakan luaran amat penting kepada kami, dan kami telahpun melaksanakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) bagi membantu membendung penularan virus ini," katanya.
Untuk maklumat lanjut, boleh layar laman web di https://www.topglove.com/covid-19-preventive-measures/. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID19'
#Top Glove
#17 pekerja
#positif COVID-19
#pengeluar sarung tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan