awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 32 Dis 2026
PM Anwar bidas pengkritik peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Top Glove tawar 9,000 kerja untuk rakyat Malaysia tahun ini

Bernama
Bernama
22/01/2021
04:20 MYT
Top Glove tawar 9,000 kerja untuk rakyat Malaysia tahun ini
Top Glove Corporation Bhd berharap dapat mencapai sasaran tersebut menerusi kempen pengambilan pekerja selama setahun yang dimulakan dengan Pameran Kerjaya Top Glove Secara Maya, esok (23 Januari). - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Top Glove Corporation Bhd menawarkan sebanyak 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan sepanjang 2021 bagi membantu menangani pengangguran di negara ini.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat tersebut berharap dapat mencapai sasaran tersebut menerusi kempen pengambilan pekerja selama setahun yang dimulakan dengan Pameran Kerjaya Top Glove Secara Maya, esok (23 Januari).
"Program itu bertujuan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang baharu tamat pengajian universiti, institusi vokasional selain pekerja am di Malaysia.
"Ini membabitkan masing-masing sebanyak 4,000 jawatan untuk pekerja tempatan; 2,300 jawatan untuk lulusan baharu universiti dan vokasional teknologi; 2,000 pelatih latihan industri dan pelatih serta 700 pekerja yang berpengalaman, " katanya.
Menurut Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow, program tersebut diharap dapat membantu mereka yang sedang mencari kerja untuk mendapatkan kerjaya yang memberi manfaat.
"Kami juga berbangga dapat membantu serta menyokong rakyat Malaysia dengan menawarkan pekerjaan ini yang turut menjadi antara usaha penting bagi membolehkan ekonomi dan sosial negara kembali pulih daripada pandemik ini," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Top Glove
#tawar peluang pekerjaan
#rakyat Malaysia
#pengangguran
#Pameran Kerjaya Top Glove
#Pengarah Urusan Top Glove
#Lee Kim Meow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan