awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Google One Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM3.50 sebulan atau RM35 setahun
Blue Origin TeraWave tawar internet satelit 6 Tbps, atasi Starlink
Siri bakal berevolusi menjadi chatbot penuh dalam iOS 27
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Topi keledar jenama 'ARAI' tiruan disita KPDN Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/03/2024
22:15 MYT
Topi keledar jenama 'ARAI' tiruan disita KPDN Pulau Pinang
Antara topi keledar jenama ARAI tiruan yang disita dalam satu serbuan di sebuah premis di Bukit Mertajam. - Foto KPDN
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyita 268 unit topi keledar jenama ARAI tiruan selepas menyerbu sebuah premis di Bukit Mertajam pada Isnin.
Pengarahnya, S. Jegan berkata, serbuan dilakukan pihak KPDN bersama wakil pemilik hak cipta di premis yang disyaki menjual barang salinan langgaran karya seni ARAI.
Jegan berkata, menerusi serbuan yang dijalankan pihaknya berjaya menemukan barangan aksesori motosikal dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987.
"Hasil pemeriksaan di premis tersebut, kita telah menyita topi keledar jenama TSR yang mengandungi tanda karya seni ARAI pelbagai model, antaranya Nakano Shukiken Silver, Black Samurai dan Oriental Blue .
Jumlah sitaan bernilai RM70,240 dan premis tersebut disyaki telah melakukan kesalahan dan disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987," katanya dalam kenyataan semalam.
Sehubungan itu, KPDN Pulau Pinang memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.
Katanya mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987.
Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Manakala bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya didenda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak lebih daripada RM40,000 bagi setiap salinan langgaran atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Sehubungan itu, masyarakat juga diseru supaya menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti memiliki salinan langgaran tanpa kebenaran oleh pemilik karya.
Sementara itu, orang ramai boleh menyalurkan aduan dan maklumat kepada pihak Kementerian melalui saluran WhatsApp 019-848 8000 / 019-279 4317 atau Portal Aduan e-aduan.kpdn.gov.my atau menghubungi Call Centre : 1-800-886-80, dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.
Topic Berkaitan
#topi keledar
#KPDN Pulau Pinang
#jenama tiruan
#ARAI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan