awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah 3.99 berbanding dolar AS, paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun
Lelaki buat laporan palsu disamun untuk elak bayar wang majikan
Prabowo undang pemimpin dunia ke Sidang Kemuncak Impak Lautan di Bali Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siri bakal berevolusi menjadi chatbot penuh dalam iOS 27

Amanz
Amanz
23/01/2026
05:30 MYT
Siri bakal berevolusi menjadi chatbot penuh dalam iOS 27
Siri versi baharu, dinamakan Siri Campos, akan memanfaatkan model berasaskan Google Gemini untuk menyokong fungsi Apple Intelligence. -Foto Amanz
SIRI, yang sekian lama dikritik sebagai pembantu maya paling terhad berbanding Google Assistant dan Gemini, bakal melalui perubahan besar selepas Apple merancang memperkenalkan antaramuka baharu berbentuk chatbot menerusi iOS 27.

Ringkasan AI
  • Siri akan mengalami perubahan besar dengan memperkenalkan antara muka baharu berbentuk chatbot menerusi iOS 27, iPadOS 27, dan macOS 27, setelah sekian lama dikritik sebagai pembantu maya yang terhad.
  • Siri versi baharu, dinamakan Siri Campos, akan memanfaatkan model berasaskan Google Gemini untuk menyokong fungsi Apple Intelligence, setelah Apple melihat populariti ChatGPT dan Gemini.
  • Siri Campos akan membawa pelbagai fungsi baru seperti carian web, ringkasan maklumat, analisis fail, carian dalam fail peribadi, dan keupayaan menjana imej, menjadikan Siri lebih setanding dengan pesaingnya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Laporan Bloomberg menyebut bahawa Siri versi baharu ini, dibangunkan dengan kod nama Campos, telah diuji secara dalaman oleh kakitangan Apple dan dijangka hadir bukan sahaja pada iOS 27, tetapi turut menyokong iPadOS 27 dan macOS 27.
Menurut laporan itu, Apple menukar pendekatan selepas melihat populariti pesat ChatGPT dan Gemini.
Siri Campos akan memanfaatkan model asas berasaskan Google Gemini bagi menyokong fungsi Apple Intelligence, selaras dengan perjanjian antara Apple dan Google baru-baru ini.
Antara fungsi yang dibawakan meliputi carian web, ringkasan maklumat, analisis fail yang dimuat naik, carian dalam fail peribadi serta keupayaan menjana imej secara terus.
Keupayaan ini menjadikan Siri setanding dengan pesaingnya yang sudah lama menawarkan ciri sedemikian.
Maklumat lanjut mengenai Siri Campos dijangka diumumkan Apple pada acara WWDC pada bulan Jun tahun ini. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah perubahan besar yang bakal dialami oleh Siri berdasarkan rencana Apple? A: Siri bakal melalui perubahan besar dengan pengenalan antara muka baharu berbentuk chatbot menerusi iOS 27.
  • Q: Mengapakah Siri Campos dikatakan bakal memanfaatkan model asas berasaskan Google Gemini? A: Siri Campos akan memanfaatkan model asas berasaskan Google Gemini bagi menyokong fungsi Apple Intelligence, selaras dengan perjanjian antara Apple dan Google baru-baru ini.
  • Q: Apa yang diketahui mengenai Siri Campos berdasarkan laporan Bloomberg? A: Siri versi baharu, Siri Campos, telah diuji secara dalaman oleh kakitangan Apple dan dijangka hadir pada iOS 27, iPadOS 27, dan macOS 27 dengan fungsi seperti carian web, ringkasan maklumat, analisis fail, dan lain-lain.

Topic Berkaitan
#Apple
#siri
#chatbot
#iOS 27 iPadOS 27 dan macOS 27
#Campos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan