awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika

Total Lockdown: Perbicaraan kes jenayah, sivil secara fizikal perlu ditangguh - Ketua Hakim Negara

Firdaus Azil
Firdaus Azil
31/05/2021
00:44 MYT
Total Lockdown: Perbicaraan kes jenayah, sivil secara fizikal perlu ditangguh - Ketua Hakim Negara
Semua perbicaraan atau pendengaran kes sivil dan jenayah secara fizikal di Mahkamah perlu ditangguh terlebih dahulu dan ditentukan tarikh yang baharu kemudian. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Semua perbicaraan atau pendengaran kes sivil dan jenayah secara fizikal di Mahkamah perlu ditangguh terlebih dahulu dan ditentukan tarikh yang baharu kemudian.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam satu kenyataan bertarikh 29 Mei menyebut, arahan daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu selaras dengan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh bermula 1 Jun ini.
Selain itu, arahan itu menyebut, pendengaran kes sivil perlu dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh berdasarkan Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2021 Pengendalian Kes Sivil Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh Bagi Mahkamah Di Seluruh Malaysia.
"Dengan mengambil kira tempoh pelaksanaan ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama ini, sekiranya agensi kerajaan, peguam dan orang awam mempunyai kesukaran dalam meneruskan perbicaraan dan dikhuatiri akan menjejaskan hak pihak-pihak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil melalui teknologi komunikasi jarak jauh, pihak agensi kerajaan, peguam dan orang awam boleh memohon untuk menangguhkan kes,” kata kenyataan itu lagi.
Bagi pemfailan kes sivil dan jenayah baharu, atau notis rayuan, serta dokumen berkaitan, kenyataan itu menyebut, ia boleh dilaksanakan seperti biasa melalui sistem aplikasi Mahkamah.
Untuk pengurusan kes sivil dan jenayah pula, ia perlu dilakukan dengan menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh.
Semua pertuduhan baharu, permohonan perintah reman dan permohonan perintah jenayah pelbagai, hendaklah dijalankan melalui kehadiran secara fizikal di Mahkamah.
Bagi permohonan jenayah yang perlu dijalankan melalui kehadiran secara fizikal di Mahkamah Atasan atas sebab-sebab yang khas dan dalam keadaan tertentu (exceptional circumstances), Pejabat Ketua Pendaftar berkata, Mahkamah akan menggunakan budi bicara dalam mempertimbangkan permohonan tersebut.
“Arahan ini mengatasi kesemua arahan terdahulu berhubung dengan operasi Mahkamah dalam tempoh kawalan pergerakan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan melalui e-mel pada 17 Mac 2020, 26 Mac 2020 dan 24 April 2020.
“Arahan ini hendaklah terpakai sekiranya Kerajaan mengumumkan untuk melanjutkan pelaksanaan ‘lockdown’ ini dan tertakluk kepada apa-apa arahan baharu yang dikeluarkan,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#sekatan pergerakan penuh
#total lockdown
#Mahkamah Persekutuan
#Ketua Hakim Negara
#Tengku Maimun Tuan Mat
#mahkamah
#PKP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.