MELAKA: Tourism Malaysia menyediakan baucar e-tunai bernilai RM450,000 bagi menggalakkan rakyat berbelanja menerusi Kempen 'Shop and Be Rewarded' yang berlangsung dari 26 hingga 28 Mac ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata menerusi kempen itu, diskaun RM10 dengan setiap pembelian minimum RM50 di 30 pusat beli-belah dan peruncit yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Katanya pada tahun 2019, industri beli-belah merupakan penyumbang utama kepada komponen perbelanjaan pelancong domestik iaitu 37.8 peratus, namun tahun lepas pandemik COVID-19 melumpuhkan industri beli-belah dan peruncitan secara tidak langsung, terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kempen 'Shop and Be Rewarded' di sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir di sini, yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Zulkifly Md Said dan Presiden Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia Tan Sri Teo Chiang Kok.
Menurutnya kempen itu dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia, selaras dengan Pelan Pemulihan Pelancongan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi bagi menggalakkan perbelanjaan domestik, sekali gus memulihkan industri beli-belah.
Nancy berkata kempen berkenaan juga bertujuan meningkatkan kehadiran pengunjung ke pusat beli-belah yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan seterusnya meningkatkan jumlah perbelanjaan rakyat semasa tempoh kempen dijalankan.
"Kempen ini akan diteruskan pada fasa selanjutnya sekiranya ia mendapat sambutan daripada rakyat," katanya.
Sementara itu, Teo berkata 30 pusat beli-belah melibatkan kira-kira 2,000 premis perniagaan daripada pelbagai kategori terlibat dalam kempen berkenaan.
Beliau berkata penganjuran kempen berkenaan merupakan satu inisitif yang efektif dalam usaha membantu mempercepatkan pemulihan industri beli-belah dalam negara yang terkesan dengan pandemik COVID-19
"Kita harap kempen ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ia bukan sahaja memberi manfaat pada pengunjung atau pembeli, malah merancakkan industri beli-belah di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Nancy berkata kempen berkenaan juga bertujuan meningkatkan kehadiran pengunjung ke pusat beli-belah yang terkesan dengan pandemik COVID-19. -Bernama
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade
Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia mencuri perhatian pengunjung di Malaysia Travel Escapade 2024 yang dianjurkan buat julung kalinya di Suntec City Mall dari 12 hingga 14 April.
Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia
Kerjasama antara negeri perlu bagi meningkatkan pembangunan pelancongan yang seimbang, sekali gus menarik kehadiran pelancong di seluruh negara.
Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai
Ketua Pengarah Tourism Malaysia P Manoharan berkata tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari China.
'Mai ke Perlis!' Usaha pikat hati pencinta eko-pelancongan antarabangsa terus dipergiat
Perlis ketengah identiti destinasi eko pelancongan unggul bagi menarik kedatangan pelancong dan ia disemarakkan dengan pelbagai kerjasama.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Tourism Malaysia berhasrat bekerjasama dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan
Tourism Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa dan agensi pelancongan.
Manoharan ganti Ammar sebagai Ketua Pengarah Pelancongan
Bekas Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia baharu.
MyCEB jangkakan lebih 270 acara pada 2024
Pada tahun lepas, Malaysia menjadi lokasi bagi penganjuran 253 acara merangkumi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran pelancongan.
Tourism Malaysia jangka lebih ramai pelancong Indonesia tahun ini
Tourism Malaysia menjangkakan kedatangan lebih ramai pelancong dari Indonesia tahun ini, sempena kempen melawat negeri 2024 di Melaka, Kelantan, Perak dan Perlis.
Batik Air lebarkan sayap, mula terbang ke Batam
Batik Air melebarkan sayapnya menerusi laluan baharu ke Batam, Indonesia dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bermula Jumaat lalu.