SEPANG: Tourism Malaysia yakin sasaran ketibaan 27.3 juta pelancong asing bagi tahun ini dapat dicapai disokong oleh faktor-faktor seperti pemberian Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa - Sewa Khas kepada syarikat penerbangan, Pelan Liberalisasi Visa dan promosi pelancongan yang diperhebat di luar negara.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Ammar Abd Ghapar berkata, pada tahun lepas lebih 20 juta pelancong asing datang ke Malaysia, melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 19.1 juta pelancong.
"Kita menggalakkan lebih banyak penerbangan sewa khas datang ke Malaysia dan usaha ini akan kita teruskan sebab kita faham dan tahu yang kita memerlukan laluan baharu serta kekerapan penerbangan lebih banyak supaya kita dapat capai sasaran pelancong yang kita tetapkan.
"Kita berharap dengan adanya insentif (Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa - Sewa Khas) yang kita berikan kepada syarikat-syarikat penerbangan, kita akan mendapat lebih banyak penerbangan sewa khas untuk datang ke Malaysia, bukan saja ke Kuala Lumpur, tetapi juga ke Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Tawau," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir bersama Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bagi menyambut ketibaan penerbangan sulung Malaysia Airlines bagi laluan Kuala Lumpur- Shenyang Taoxian International Airport, Shenyang, Liaoning, China, di sini, pada Ahad.
Ammar berkata, pemberian Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa - Sewa Khas kepada syarikat penerbangan tertakluk kepada beberapa syarat antaranya kekerapan penerbangan, pertambahan laluan baharu dan penggunaan penerbangan sewa khas.
"Mana-mana syarikat penerbangan yang ingin mengadakan tambahan kekerapan, seperti kalau sebelum ni dia buat dua penerbangan seminggu tapi sekarang dia nak buat empat kali penerbangan dalam seminggu, kita juga beri insentif kepada mereka.
"Kita akan berusaha untuk tambah lagi program yang kita ada untuk penerbangan sewa khas kerana kita nampak ia beri kesan yang positif (pertambahan kedatangan pelancong)," katanya sambil menambah kira-kira 40 penerbangan sewa khas direkodkan datang ke Malaysia sejak Januari hingga kini.
Mengenai Program Liberalisasi Visa, Ammar berkata, bermula 1 Dis yang lepas, kerajaan membenarkan kemasukan tanpa visa kepada warga China dan India, sekali gus memberi lonjakan kedatangan pelancong dari China.
"Pengumuman kemasukan tanpa visa untuk pelancong China berkuat kuasa 1 Dis 2023 telah mendorong pertanyaan dan tempahan ke Malaysia dari China.
"Trip.com melaporkan Malaysia akan menerima 53.9 peratus kenaikan kemasukan pelancong ke Malaysia untuk Tahun Baharu Cina 2024 berbanding tahun lepas," katanya sambil menambah Tourism Malaysia menyasarkan ketibaan kira-kira 200,000 pelancong China sebulan datang ke Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
Tourism Malaysia yakin sasaran ketibaan 27.3 juta pelancong asing bagi tahun ini dapat dicapai disokong oleh faktor-faktor seperti pemberian Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa. - Gambar fail Bernama
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Resolusi Rusia kawal senjata nuklear angkasa lepas gagal
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digubal oleh Rusia yang menyeru semua negara untuk mencegah penempatan, ancaman atau penggunaan mana-mana senjata di angkasa lepas gagal pada Isnin.
Bicara kes lelaki Israel miliki ratusan peluru, enam pistol September ini
Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, menetapkan kes seorang lelaki warga Israel atas dua pertuduhan memiliki ratusan peluru dan memperdagangkan enam pistol akan bermula 30 September depan.
Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar mesej ucapan takziah kepada Iran berhubung kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Selasa.
Keupayaan ketenteraan Turki bantu Iran temukan lokasi nahas
Kejayaan keupayaan ketenteraan Turki, membantu Iran mencari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan Presiden dan Menteri Luar Iran mengagumkan dunia.
Pilihan Raya Iran: Diadakan 28 Jun ini susulan kematian Presiden Ebrahim Raisi
Selepas meneliti masa proses pemilihan, ketua-ketua cabang kuasa Iran memutuskan pada 28 Jun ini sebagai tarikh pemilihan untuk menentukan presiden baharu.
Empat mengaku salah masak di stesen minyak, didenda RM500 seorang
Empat tertuduh itu mengaku bersalah atas pertuduhan memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands pada 12 Mei lalu.
Thailand lulus visa khas bagi pelancong asing jangka panjang
Kabinet Thailand hari ini secara prinsipnya meluluskan visa khas jangka panjang bagi membolehkan pelancong asing menetap sehingga sembilan bulan.