awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Fadillah lawat Port of Antwerp-Bruges

Bernama
Bernama
01/06/2023
02:00 MYT
TPM Fadillah lawat Port of Antwerp-Bruges
Dalam lawatan itu, Fadillah (tengah) yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi telah diberi taklimat mengenai pelabuhan oleh pengarahnya, Stefan Cassimon. - Foto Facebook/Fadillah Yusof
BRUSSELS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof melawat Port of Antwerp-Bruges International (PoABI) sebagai sebahagian daripada lawatan rasminya ke Belgium pada Rabu.
Terletak 80km dari Laut Utara di Sungai Scheldt, PoABI merupakan pelabuhan kontena antarabangsa kedua terbesar di Eropah dan yang ke-14 di dunia.
Dalam lawatan itu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi telah diberi taklimat mengenai pelabuhan oleh pengarahnya, Stefan Cassimon.
PoABI adalah perintis dalam kalangan pelabuhan-pelabuhan mampan.
Tahun lepas, penyedia perkhidmatan logistik perkapalan pukal kering yang berpangkalan di Sarawak Hubline Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PoABI ketika negeri itu sedang meninjau peluang untuk membina pelabuhan laut dalam baharu untuk selatan Sarawak di Tanjung Embang.
Dilaporkan Tanjung Embang akan dibangunkan oleh ASSAR Group, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.
Pada Oktober tahun lepas, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) turut memeterai perjanjian kerjasama dengan PoABI untuk membangunkan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Manjung, Perak, melibatkan jumlah pelaburan kira-kira RM72 bilion untuk tempoh selama 25 tahun.
Meliputi kawasan seluas 9,307.7 hektar, LuMIC akan dibangunkan melalui syarikat pembangunan bersama, dengan PKNPk menguasai pegangan 51 peratus dan PoABI 49 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Port of Antwerp-Bruges International
#lawatan rasmi
#pelabuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan