Skip to main content

Malaysia

TPM: Gesaan Guan Eng perbuatan bodoh

51360057663_295x200.jpg
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meminta rakyat Pulau Pinang memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) adalah satu  perbuatan bodoh.

Sebagai pemimpin, Guan Eng katanya harus menghormati dan menghargai majlis yang dianjurkan orang lain dan beliau sendiri hadir ke rumah terbuka itu dan bukannya meminta rakyat melakukan perkara yang hanya akan menimbulkan suasasan tidak baik.

Majlis sambutan sebegitu katanya wajar dilakukan dengan semangat harmoni.

Tambahnya, parti kompnen BN tidak pernah mengganggu majlis sambutan perayaan yang dijalankan DAP atau mana-mana parti pembangkang.

Tan Sri Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas  gesaan Ketua Menteri Lim Guan Eng  yang menyarankan orang ramai hadir ke majlis Rumah Terbuka  Barisan Nasional yang akan diadakan pada 11  Februari ini dengan berbaju merah, kuning dan hijau yang mewakili, ‘We Are Penang, Bersih dan Hijau’.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin sekali lagi mengulangi urusan membawa masuk penyanyi Korea, Park Jae Sang atau lebih dikenali sebagai Psy pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina ditaja oleh syarikat swasta dan bukan dibiayai BN .

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyertai perjumpaan dan jamuan bersama jentera BN Pulau Pinang pada Selasa.

Advertisement

Must Watch Video