Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mempengerusikan Mesyuarat ke-116 Menteri Besar dan Ketua Menteri di bilik mesyuarat pejabat Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat yang bermula pukul 10 pagi itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta beberapa menteri kabinet.

Ia merupakan kali ketiga diadakan tahun ini dengan kali pertama mesyuarat ke-114 pada bulan Februari, dan mesyuarat ke-115 pada bulan Jun lepas, yang bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.

Dua mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.