awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Zahid, Fadillah ucap Selamat Hari Raya, doa umat Islam dapat keberkatan

Bernama
Bernama
21/04/2023
08:30 MYT
TPM Zahid, Fadillah ucap Selamat Hari Raya, doa umat Islam dapat keberkatan
Ahmad Zahid (kiri) dan Fadillah (kanan) masing-masing mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berharap lebaran kali ini disambut dengan penuh kemakmuran dan kesyukuran.
"Saya doakan seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Maaf zahir dan batin," kata Ahmad Zahid menerusi media sosialnya.
Seiring kehangatan lebaran yang kian dirasai, saya serta ahli keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) April 21, 2023
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi dalam ucapan yang dimuat naik di laman Facebook berkata ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.
Beliau berkata Ramadan mengajar erti kesyukuran, kesabaran, pengorbanan dan kesederhanaan serta bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan bersederhana dalam semua perkara.
"Syawal pula mengajar kita erti perkongsian, berkongsi kegembiraan dengan mereka yang tersayang, mengeratkan hubungan yang sedia terjalin dan memperbaharui ukhuwah sesama kita.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri saya titipkan buat keluarga dan juga kenalan.
"Bagi yang pulang ke kampung halaman masing-masing semoga tuan dan puan sentiasa berhati-hati semasa perjalanan pulang berhari raya ke kampung halaman," katanya yang turut mendoakan semoga ukhuwah sesama rakyat Malaysia sentiasa berkekalan.
Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Fadillah Yusof
#Zahid Hamidi
#TPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan