YAN: Aktiviti mencandat sotong yang popular di pantai timur terutama di Terengganu, sebenarnya turut menjadi 'tradisi' dalam kalangan rakyat Kedah dengan sedikit kelainan dan keistimewaan tersendiri.
Setiap tahun apabila berlaku peralihan monsun yang bermula pada Februari, suasana perairan Kuala Kedah di Alor Setar dan Kuala Sala dekat sini, bertukar menjadi 'pesta' mencandat sotong melibatkan penduduk sekitar dan dari luar daerah.
Seorang nelayan yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Nelayan Negeri Kedah, Rosni Razak, 50, berkata terdapat perbezaan aktiviti mencandat sotong di pantai barat yang biasanya dilakukan di perairan pada kedalaman hanya lima hingga lapan meter berbanding di pantai timur pada kedalaman lebih 10 meter.
"Selain itu, saiz sotong yang diperoleh di pantai barat juga sedikit kecil berbanding di Terengganu dan Kelantan.
"Cara mencandat juga berbeza iaitu menggunakan candat kecil untuk memikat jenis sotong cumit, sotong panjang, sotong mengambang (sotong arus), sotong harimau (sotong katak) dan sotong kurita," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Terdahulu, pengamal media Kedah termasuk wakil Bernama berpeluang menyertai aktiviti mencandat sotong bersama Persatuan Nelayan Negeri Kedah di kawasan perairan Kuala Sala berhampiran Pulau Bunting, dekat sini.
Rosni berkata, mencandat sotong menjadi sumber pendapatan sampingan kepada nelayan di negeri ini selain menangkap ikan, dengan lebih 300 bot terdiri daripada nelayan Kuala Kedah, Yan dan Kuala Jerlun akan terlibat dalam aktiviti tersebut.
Seorang lagi nelayan, Mohd Sohir Man, 60, pula berkata, pengalaman lebih enam tahun terlibat dalam aktiviti mencandat sotong membuatkan beliau mampu membawa pulang antara 50 hingga 100 kilogram sotong setiap malam ketika keluar mencandat.
"Penggunaan lampu amat penting untuk memikat sotong bagi menarik perhatian hidupan laut itu naik ke atas permukaan air," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
Nelayan, Mohd Sohir Man, 60, bersama isterinya, Habsah Ahmad, 52, melakukan aktiviti mencandat sotong di kawasan perairan Kuala Sala berhampiran Pulau Bunting, Yan, Kedah. - Gambar BERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
'Tradisi' candat sotong di Kedah dengan keistimewaan tersendiri
Candat sotong di pantai barat pada kedalaman lima hingga lapan meter, di pantai timur pula pada kedalaman lebih 10 meter.
Program Candat Sotong tarik penyertaan peserta luar negara
Program Candat Sotong Terengganu berjaya menarik penyertaan peserta dari Romania, Australia dan Indonesia.
'Dapatlah 7 ekor' - Kamal Adli, Uqasha cerita pengalaman pertama kali candat sotong
Menurut Kamal, dapat bersama isteri melakukan aktiviti yang pertama kali dicubanya merupakan sesuatu yang akan diingati.
Nelayan OKU keluar candat sotong ditemui maut dalam bot
Mayat Ahmad Saufie Mohamed, 34 tahun, dijumpai adiknya kira-kira jam 5.10 petang Isnin sekitar jarak lima batu nautika dari Kampung Batu Buruk di sini.
PKPP: Tempahan bot sewa candat sotong meningkat, nelayan sedia jalani normal baharu
Tempahan diterima untuk turun mencandat oleh orang awam mula meningkat sejak negara beralih kepada fasa pemulihan PKP.
Jadikan candat sotong produk pelancong
Aktiviti mencandat sotong yang mula dipromosikan kerajaan negeri Terengganu beberapa tahun lalu kini semakin popular.