Wanita maut dilanggar lori ketika tukar tayar pancit

Mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang wanita yang sedang menukar tayar kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 260.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Rabu.
Ringkasan AI
- Wanita maut selepas dilanggar lori kontena semasa menukar tayar SUV di Lebuhraya Utara-Selatan.
- Nurul Amirah Hamdan, 31, terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
- Allahyarham disifatkan sebagai rakan yang baik dan mudah mesra; kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kami sepatutnya mesyuarat dengan arwah pagi ini, tapi pelik juga tengok dia tak sampai lagi ke pejabat sehinggalah saya dihubungi rakan serumahnya memberitahu dia kemalangan.
"Saya dan seorang rakan sekerja bergegas ke lokasi, namun sebaik sampai dia sudah meninggal dunia dan mayatnya telah ditutup dengan kain putih," katanya ditemui Sinar Harian di lokasi pada Rabu.
Menurutnya, paling menyedihkan arwah kemalangan ketika mahu menukar tayarnya yang pancit.
Tambahnya, Allahyarham disifatkan seorang rakan yang baik dan mudah mesra dengan kawan-kawan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki kereta jenis Proton X50, namun berhenti di lorong kecemasan selepas menyedari tayar belakang sebelah kanan pancit.
"Semasa sedang menukar tayar, datang sebuah lori kontena dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun di lorong kiri telah bergesel dengan mangsa.
"Akibatnya, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya telah dibawa ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keadaan yang menyebabkan kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang wanita di Lebuhraya Utara-Selatan? A: Wanita tersebut mengalami kemalangan ketika sedang menukar tayar kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya di lorong kecemasan selepas tayar belakang sebelah kanan pancit dan dilanggar oleh sebuah lori kontena.
- Q: Siapakah mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut? A: Mangsa kemalangan tersebut ialah Nurul Amirah Hamdan, seorang wanita berumur 31 tahun yang bekerja di sebuah syarikat penapis air dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setelah kejadian kemalangan itu berlaku? A: Mangsa yang mengalami cedera parah dan meninggal dunia telah dibawa ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut, sementara pihak polis Daerah Seremban masih meneruskan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Q: Bagaimana reaksi rakan sekerja mangsa terhadap kejadian kemalangan tersebut? A: Rakan sekerja mangsa, Nur Affiqah Jamran, menyatakan kesedihannya apabila mengetahui mengenai kemalangan itu dan menggambarkan Allahyarham sebagai seorang rakan yang baik dan mudah mesra dengan kawan-kawan.
- Q: Adakah orang awam boleh memberikan maklumat tambahan mengenai kemalangan tersebut? A: Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan yang masih diteruskan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

