KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd mengumumkan jumlah penumpang yang dibawanya meningkat hampir 50 peratus kepada 504,476 pada suku pertama 2023, berbanding 337,638 penumpang dalam suku keempat 2022, dipacu oleh permintaan perjalanan sempena cuti Tahun Baharu dan musim bunga.
Syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan semalam berkata, prestasi memberangsangkan itu disokong oleh peningkatan kapasti tempat duduk yang berkembang sebanyak 47 peratus suku ke suku kepada 630,069 tempat duduk, manakala kapasiti tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) melonjak sebanyak 71 peratus kepada 2,899 juta.
"Pada suku ini, tumpuan utama terus diberikan kepada pengaktifan semula kumpulan pesawat menyokong pertambahan kekerapan penerbangan dalam rangkaian utama AirAsia X.
"AirAsia X melancarkan semula lebih banyak destinasi bagi menampung permintaan kukuh, kini menawarkan penerbangan berjadual ke Osaka, Busan dan Shanghai, selain menambah perkhidmatan penerbangan ke Tokyo tujuh kali seminggu," katanya.
Dalam keseluruhan rangkaiannya, Delhi dan Tokyo mencatatkan faktor muatan penumpang (PLF) paling tinggi hampir kepada 90 peratus, manakala keseluruhan PLF kukuh pada 80 peratus, meningkat daripada 79 peratus pada suku sebelumnya.
Selain itu, syarikat penerbangan tersebut juga mendapat rangsangan daripada pembukaan semula sempadan China kepada semua pengembara sejak awal Mac, 2023.
AirAsia X berkata ia menjangka melancarkan lebih banyak penerbangan ke negara itu serta meningkatkan kekerapan di laluan paling popular dan menguntungkan, selain menimbang menambah lebih banyak destinasi dan negara dalam rangkaiannya dalam jangka masa pendek dan sederhana.
Sementara itu, AirAsia X Thailand mengangkut sejumlah 289,813 penumpang pada suku pertama 2023 dengan faktor muatan penumpang kukuh sebanyak 88 peratus.
Kapasiti tempat duduk semasa suku tersebut meningkat sebanyak 33 peratus kepada 329,913 tempat duduk manakala ASK meningkat 40 peratus kepada 1,601 juta susulan peningkatan penerbangan berjadual dan kekerapan di rangkaian laluannya.
Semasa suku tersebut, AirAsia X Thailand mengekalkan destinasi dalam rangkaiannya dan mengumumkan pembukaan semula laluan Bangkok-Shanghai, bermula April 2023, susulan pembukaan semula sempadan China.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
AirAsia X menjangka melancarkan lebih banyak penerbangan ke China serta meningkatkan kekerapan di laluan paling popular dan menguntungkan. - Gambar fail
Microsoft tamatkan GPT Builder, buang semua GPTs yang telah dibangunkan
Selari penamatan GPT Builder ini, Microsoft turut mengatakan akan membuang semua GPTs yang dihasilkan termasuk data berkaitan.
Merokok atau 'vaping', berpotensi bawa masalah mati pucuk
Perbuatan merokok atau 'vaping' turut berpotensi menyebabkan masalah mati pucuk.
Doktor Kesihatan Lelaki, Him Wellness, Dr Ahmad Samhan Awang berkata, ini kerana kedua-kedua alat tersebut mempunyai bahan nikotin, yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau 'atherosclerosis'.
Doktor Kesihatan Lelaki, Him Wellness, Dr Ahmad Samhan Awang berkata, ini kerana kedua-kedua alat tersebut mempunyai bahan nikotin, yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau 'atherosclerosis'.
Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion.
Tonton pornografi berpotensi sebabkan mati pucuk
Perbuatan menonton video lucah atau sebarang kandungan berbentuk pornografi, berpotensi menyebabkan masalah mati pucuk
Perkara ini dikongsikan Doktor Kesihatan Lelaki, Him Wellness Dr Ahmad Samhan Awang untuk membetulkan tanggapan penyakit lelaki itu berpunca daripada perbuatan onani.
Perkara ini dikongsikan Doktor Kesihatan Lelaki, Him Wellness Dr Ahmad Samhan Awang untuk membetulkan tanggapan penyakit lelaki itu berpunca daripada perbuatan onani.
Tun M hadir ke BHEUU untuk beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di bahagian hal ehwal undang-undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya pada jam 10.46 pagi ini.
Pelarasan subsidi diesel dikhuatiri jejas keyakinan pengguna - Pakar
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia bagi April 2024 meningkat sebanyak 6.6 peratus tahun ke tahun kepada RM144.9 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) yang didorong oleh subsektor perdagangan runcit yang meningkat 5.5 peratus atau RM3.3 bilion kepada RM63.8 bilion.
Memahami proses perundangan kes Zayn Rayyan
Bersama ditalian, Peguambela dan Peguamcara, Mohd Faizi Che Abu.
Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah
Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial terkandas di sempadan Rafah di Mesir.
Bebas atau dakwa? Nasib ibu bapa Zayn belum jelas
Nasib ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, sama ada dituduh atau dibebaskan dengan jaminan polis masih menjadi tanda tanya.
Ini kerana tempoh lanjutan reman kali kedua bagi pasangan ini akan berakhir esok, bersamaan Khamis 13 Jun.
Difahamkan media akan berkampung di Mahkamah petaling jaya untuk mengikuti perkembangan kes ini.
Bersama Firdaus Azil untuk laporannya.
Ini kerana tempoh lanjutan reman kali kedua bagi pasangan ini akan berakhir esok, bersamaan Khamis 13 Jun.
Difahamkan media akan berkampung di Mahkamah petaling jaya untuk mengikuti perkembangan kes ini.
Bersama Firdaus Azil untuk laporannya.
Teroka tawaran hebat pelancongan dalam negeri di MAH Domestic Tourism Fair 2024
Berlangsung selama dua hari pada 6 dan 7 Julai 2024 bertempat di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.