KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengunjurkan trafik penumpang udara meningkat 316 peratus kepada 525 peratus tahun ke tahun pada 2022, mencatatkan antara 32.6 juta dan 49.0 juta penumpang.
Ini menandakan 30 hingga 45 peratus pemulihan daripada tahap trafik penumpang udara sebelum pandemik pada 2019, katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan penerbitan edisi ke-10 laporan industrinya, Waypoint.
"Selain itu, syarikat penerbangan dijangka mengembangkan kapasiti tempat duduk secara berperingkat memandangkan permintaan perjalanan terpendam dan penjimatan terakru akan memacu pertumbuhan trafik penumpang pada 2022," katanya.
Laporan Waypoint itu menggariskan prestasi sektor penerbangan Malaysia pada suku ketiga 2021.
Dalam laporan itu, MAVCOM mengetengahkan tanda-tanda awal pemulihan bagi sektor penerbangan tempatan pada bulan September dan Oktober 2021, yang masing-masing merekodkan 56.6 peratus dan 190.2 peratus pertumbuhan trafik penumpang udara bulan ke bulan.
Trafik penumpang udara untuk bulan-bulan berkenaan masing-masing berada pada 5.3 peratus dan 14.9 peratus daripada trafik yang direkodkan pada bulan yang sama 2019, katanya.
Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata jumlah trafik penumpang udara untuk 2021 dijangka lebih hampir kepada unjuran senario terbaik MAVCOM iaitu 6.9 juta hingga 7.8 juta penumpang perjalanan udara.
Beliau berkata pelonggaran sekatan perjalanan, gelembung perjalanan, pembukaan semula sempadan antarabangsa ekoran pemberian lancar vaksinasi di Malaysia serta pengenalan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) baru-baru ini ke Singapura, telah menyumbang kepada pemulihan.
Inisiatif ini telah membolehkan aktiviti pelancongan dimulakan semula dengan petunjuk awal menjuruskan ke arah prospek positif bagi trafik penumpang udara Malaysia pada 2022, ujarnya.
"Perjalanan sektor penerbangan Malaysia ke pemulihan penuh masih jauh.
"Pemain/peserta industri penerbangan mungkin masih menghadapi cabaran besar di hadapan dengan kenaikan harga minyak mentah Brent dan bahan api jet yang boleh memberi kesan kepada kos operasi, serta kemungkinan varian baharu COVID-19, termasuk varian Omicron yang merebak dengan pantas.
"Bagaimanapun, kami tetap berharap industri ini akan terus maju, terutamanya apabila kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk membuka semula sempadan bersama beberapa negara lain," katanya.
Mengenai kargo udara, Saripuddin berkata permintaan kekal berdaya tahan, dicerminkan oleh pertumbuhan tahun ke tahun yang ketara sebanyak 19.7 peratus dalam jumlah tan muatan kargo setiap kilometer (FTK) pada suku ketiga 2021.
"Suruhanjaya menjangkakan kargo udara terus kekal penting kepada industri untuk baki 2021 dan pada 2022," tambah beliau.
Bagi 2022, trafik kargo udara diunjurkan berkembang antara 3.9 peratus dan 6.7 peratus tahun ke tahun atau 20.8 bilion hingga 21.6 bilion FTK, disokong oleh kemajuan program vaksinasi, pertumbuhan kukuh e-dagang, elektrik dan elektronik serta permintaan daripada rakan dagangan utama Malaysia, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Ini menandakan 30 hingga 45 peratus pemulihan daripada tahap trafik penumpang udara sebelum pandemik pada 2019. - Gambar hiasan
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.
Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.
Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.
MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.
AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.
Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.
Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.
MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.
Mavcom boleh beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan lagi - Loke
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) masih boleh beroperasi secara berasingan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum penggabungannya dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysi
20 juta penumpang bakal menikmati PSC lebih rendah - Mavcom
Lapangan terbang yang dijangka mengenakan caj PSC lebih rendah antaranya Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Sibu.