BATANG KALI: Pada mulanya, sukar untuk Mohd Firdaus Abd Samad mempercayai laporan awal yang diterimanya mengatakan hampir 100 mangsa terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini kerana jumlahnya terlalu besar.
Itulah reaksi awal Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hulu Selangor itu ketika ditanya pengalamannya sebagai seorang daripada anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden malang berkenaan.
"Semasa bertugas di Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Selangor Jumaat lepas, kami terima panggilan dari MERS 999 mengenai insiden itu kira-kira pukul 2.30 pagi. Saya terus menghubungi balai bomba untuk buat pengesahan kerana tidak percaya mangsa yang terlibat mencecah 100 orang.
Setelah terima pengesahan dari pihak berkuasa termasuk polis, saya bersama Pegawai APM Hilmi Husman dan lima anggota yang lain bergegas ke tempat kejadian," katanya kepada Bernama tengah malam tadi.
Mohd Firdaus berkata setibanya di lokasi, selain kelibat pasukan-pasukan keselamatan yang lain, situasi di lokasi kejadian sangat hiruk-pikuk dan menyedihkan dengan suara jeritan meminta bantuan daripada mangsa kedengaran hampir dari segenap arah.
"Ketika pasukan penyelamat memulakan misi SAR, saya lihat beberapa orang mangsa bergerak keluar sendiri dari lokasi runtuhan ke arah yang lebih selamat. Ada di antara mereka menyalakan lampu suluh sebagai isyarat meminta bantuan," katanya.
Menurutnya, keadaan yang berselut mencecah paras lutut dan tanah yang licin menyukarkan pergerakan mereka memberi bantuan kepada mangsa, selain bimbang mungkin berlaku siri runtuhan yang lain.
"Ada satu kejadian yang menyedihkan buat saya, seorang mangsa lelaki memberitahu kami isteri dan anaknya ada di dalam kereta mereka yang turut terkesan dengan runtuhan itu. Dia menjerit memberitahu supaya pasangannya terus menekan hon supaya mudah untuk kami mengesan kedudukannya.
Dalam timbunan tanah dan kereta yang berselerakan, kami terus mencari arah hon kereta mangsa. Tidak lama selepas itu kami menemui kereta yang dimaksudkan lelaki berkenaan, dengan di dalamnya memang ada isteri dan anaknya.
"Dalam keadaan lemah, wanita itu meminta kami menyelamatkan anaknya terlebih dahulu. Ketika sudah berjaya mencapai si anak, saya segera memeluknya. Bagaimanapun, ketika itu, terdetik dalam fikiran saya bahawa kanak-kanak malang itu sebenarnya sudah meninggal dunia. Jelas dia pucat, sejuk dan tidak lagi bernadi," katanya.
Firdaus berkata dengan pengalaman selama 17 tahun di dalam APM yang mengajarnya menjadi profesional, beliau dan pasukannya kekal tenang mengeluarkan si anak diikuti isteri mangsa selepas itu.
APM adalah antara lima agensi utama terlibat dalam misi SAR mangsa insiden tanah runtuh Batang Kali yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang kini memasuki hari ketiga.
Setakat petang semalam, 24 mangsa telah disahkan terkorban dengan sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat berdasarkan maklumat rasmi Polis Diraja Malaysia.
Tinjauan Bernama setakat 2 pagi ini, keadaan lengang dengan hanya pergerakan keluar masuk kenderaan agensi penyelamat di Pos Kawasan Pusat Kejadian (PKTK).
Operasi SAR ditamatkan pada pukul 4 pagi dan disambung semula 9 pagi nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menyambung misi mencari dan menyelamat ketika tinjauan di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali, 17 Dis 2022. --fotoBERNAMA
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Jalan Batang Kali-Genting dibuka semula 3 petang esok
Laluan B66 Jalan Batang Kali menuju ke Genting yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm hampir dua tahun lepas akan dibuka semula, esok.
Tanah runtuh Batang Kali: Kerajaan Selangor sedia dedah laporan kepada waris - MB
Laporan terbabit sudahpun disediakan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Tragedi tanah runtuh Batang Kali tinggalkan kesan mendalam kepada mangsa
Antara insiden yang masih segar dalam ingatannya ialah menyelamatkan seorang ibu dan anaknya yang tertimbus dalam tanah pada kejadian kira-kira 2.10 pagi.
Tanah runtuh Batang Kali: Selangor setuju tambah peruntukan RM21.1 juta baiki cerun
Penambahan peruntukan bagi pembaikan cerun itu adalah hasil cadangan daripada Jabatan Kerja Raya.
Laluan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini
Laluan akan dibuka satu lorong sahaja dan terhad kepada pekerja di kawasan Genting Highlands, selain kenderaan kelas 1 dan kelas 6.
Laporan awal tragedi Batang Kali dibentang ke Kabinet semalam - Nik Nazmi
Sebarang maklum balas dan tindakan seterusnya akan dilaksanakan selepas laporan penuh tragedi siap dalam masa terdekat.
Tanah runtuh Batang Kali: Murid, guru bertafakur memperingati mangsa
Ibu bapa murid-murid turut berada di luar pagar sekolah bagi mengikuti majlis perhimpunan berkenaan yang berakhir sekitar jam 8 pagi.
Tragedi Batang Kali: Operasi SAR tinggalkan kesan mendalam kepada anggota penyelamat
Selain fizikal, emosi anggota juga terkesan sepanjang sembilan hari operasi SAR berlangsung.
Tanah runtuh Batang Kali: 'Terima kasih kepada semua' - Dr Zaliha
Dr Zaliha turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat.
Tanah runtuh Batang Kali: Semak segera garis panduan aktiviti riadah - Acryl Sani
Langkah-langkah sewajarnya perlu dijalankan bagi mengekang kejadian seperti tanah runtuh di Batang Kali berulang.