Tragedi bot karam: Laporan awal dibentang di Kabinet pada Jumaat - Saifuddin Nasution

Sehingga Rabu, jumlah korban tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin terus meningkat kepada 25 mangsa. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Laporan awal berhubung insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand di Langkawi yang mengorbankan 25 nyawa akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail beliau.
Ringkasan AI
- Laporan awal insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand di Langkawi yang meragut 25 nyawa akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat, disyorkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkemungkinan berkaitan dengan jenayah terancang dan aktiviti pemerdagangan manusia.
- Langkawi menjadi destinasi pendaratan popular bagi sindiket pemerdagangan manusia; sejak 2010, lebih 2,300 kes pendaratan direkodkan, melibatkan mangsa terselamat dan terkorban.
- Tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) telah meragut 25 nyawa, dengan 16 mayat ditemui di perairan Malaysia, sembilan di perairan Thailand, manakala 13 mangsa diselamatkan, sementara kumpulan migran lain masih belum ditemui.
Turut hadir Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan pengarah-pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, pasukan keselamatan perlu meneliti semua kemungkinan memandangkan Langkawi menjadi antara destinasi pendaratan popular bagi sindiket pemerdagangan manusia.
Beliau memaklumkan, sejak tahun 2010 hingga kini, lebih 2,300 kes pendaratan direkodkan di kawasan berkenaan, melibatkan mangsa yang terselamat dan juga yang terkorban.
Sehingga Rabu, jumlah korban tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) itu terus meningkat kepada 25 mangsa.
Seramai 16 mayat ditemukan di perairan Malaysia manakala sembilan lagi di perairan Thailand.
Seramai 13 mangsa lagi berjaya diselamatkan, kesemuanya di perairan Malaysia.
Difahamkan, kumpulan migran terbabit berlepas dari Buthidaung, Myanmar, hampir sebulan lalu menaiki sebuah kapal induk yang membawa kira-kira 300 orang.
Ketika menghampiri sempadan maritim Thailand–Malaysia, mereka dipecahkan kepada tiga bot iaitu satu kapal utama dan dua bot kecil.
Salah sebuah bot kecil yang membawa kira-kira 70 orang dipercayai karam menyebabkan ramai mangsa masih belum ditemukan.
Kumpulan selebihnya yang dianggarkan seramai 230 orang dari pelayaran asal masih belum dapat dikesan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang diminta Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet berhubung insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand di Langkawi? A: Laporan awal berhubung insiden bot karam yang mengorbankan 25 nyawa diminta dibentangkan kerana kemungkinan ada kaitan dengan jenayah terancang dan aktiviti pemerdagangan manusia.
- Q: Berapa jumlah kes pendaratan direkodkan di Langkawi sejak tahun 2010 hingga kini? A: Lebih daripada 2,300 kes pendaratan direkodkan di Langkawi sejak tahun 2010 hingga kini, melibatkan mangsa yang terselamat dan yang terkorban.
- Q: Berapakah jumlah mangsa tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) sehingga kini? A: Sehingga kini, jumlah korban tragedi bot karam itu meningkat kepada 25 mangsa, di mana 16 mayat ditemui di perairan Malaysia, sembilan lagi di perairan Thailand, dan 13 mangsa diselamatkan di perairan Malaysia.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

