Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh tidak sempurna - Polis

Firdaus Azil
Oktober 21, 2018 11:30 MYT
Md Abdul Jalil, warga Bangladesh berusia 34 tahun, merupakan mangsa ketujuh yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh Jalan Bukit Kukus.
Kepala terpisah dari badan. Tiada kaki kanan dan tangan kiri.
Begitu keadaan mayat seorang mangsa tanah runtuh Jalan Bukit Kukus yang ditemui petang tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, pengecaman muka tidak boleh dibuat bagi mayat Md Abdul Jalil, seorang warga Bangladesh berusia 34 tahun yang ditemui pada pukul 4.30 petang.
"Bahagian kepala hanya tinggal tengkorak sahaja, dipercayai akibat dihempap batu besar dan bukan akibat reputan. Mayat didapati terbenam kira-kira 10 meter dalam.
"Pengecaman hanya dapat dilakukan oleh rakannya kerana jari kaki kelingking dan jari kaki manis sebelah kiri mangsa bercantum, salah satu sifatnya sejak lahir," kata kepada pemberita di lokasi hari ini.
BACA: Tragedi Bukit Kukus: Mungkin lebih ramai mangsa tertimbus - Bomba
Ujarnya, pihak pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih cuba mengesan kaki kanan dan tangan kiri mangsa dengan pencarian ditumpukan pada Sektor 2 kawasan kejadian.
Difahamkan, kesemua tujuh mangsa yang terkorban tidak mempunya permit kerja yang sah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang sahkan kesemua tujuh mangsa yang terkorban dalam tragedi Jalan Bukit Kukus, tidak mempunyai permit kerja. Beliau juga berkata, belum dapat ditentukan kesemua mereka masuk ke negara ini secara sah @501Awani pic.twitter.com/mB8ZeGHYjA

— FA (@FirdausAzil) October 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Che Zaimani berkata, seorang lelaki warga Bangladesh yang diselamatkan pada hari pertama, iaitu Shamin, 24 tahun, sebelum ini dilaporkan patah kaki tetapi kini terpaksa dipindahkan ke Wad Kecemasan (ICU) Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan dalaman.
"Shamin dipindahkan ke ICU kerana mengalami komplikasi membabitkan pankreas. Keadaannya dilaporkan agak kritikal," katanya.
#bukit kukus #tanah runtuh