Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang menggesa pihak kontraktor memberi penjelasan berhubung kecuaian pihak perunding dan kontraktor projek yang didakwa tidak memaklumkan terdapat aliran anak sungai di tapak pembinaan yang didakwa antara punca kejadian tanah runtuh berlaku.

Datuk Yew Tung Seang ketika ditemui berkata, pihaknya mengesan terdapat aliran anak sungai itu ketika hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian runtuhan tanah itu dilakukan Sabtu lalu.

Beliau merujuk kepada kejadian tanah runtuh di tapak terbabit yang meragut nyawa lapan pekerja binaan, manakala tiga cedera dan dua lagi dipercayai masih tertimbus setakat ini, dalam kejadian kira-kira jam 1.56 petang, Jumaat lalu.

Menurutnya, projek pembinaan jalan raya berkembar itu Paya Terubong-Bukit Kukus tetap akan diteruskan biarpun pembinaannya telah mengorbankan lapan nyawa setakat ini.

Menurut beliau, pembinaan jajaran tersebut bukan projek baharu, sebaliknya telah lama dilakukan.
"Pembinaan perlu dilaksanakan dan kami harap bahawa disempurnakan dalam keaadan sempurnalah. Mahu tak mahu kita perlu teruskan sepertinya diputuskan jajaran bukan baharu ditetap telah 2020," kata Yew Tung Seang di sini hari ini.
Katanya projek pembinaan jalan raya berkembar itu bermula sejak 2016 dan sepatutnya siap tahun depan namun ditangguhkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2020.

BACA: Tragedi Bukit Kukus: Mayat kelapan ditemui, dikenal pasti