awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Bukit Kukus: Seorang lagi mangsa tanah runtuh ditemui 11.45 pagi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
20/10/2018
04:59 MYT
Tragedi Bukit Kukus: Seorang lagi mangsa tanah runtuh ditemui 11.45 pagi
Sehingga kini SAR berjaya menemukan empat mayat, manakala tiga lagi berjaya diselamatkan walaupun mengalami kecederaan.
Mayat seorang lagi mangsa tanah runtuh di kawasan pembinaan Bukit Kukus, ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini.
Sehingga kini SAR berjaya menemukan empat mayat, manakala tiga lagi berjaya diselamatkan walaupun mengalami kecederaan.
Timbalan Komander SAR, Mohd Tarmizi Md Jaafar memberitahu wartawan, mayat yang dikenal pasti sebagai Bahtiar dari Indonesia itu ditemui sekitar jam 11.45 pagi tadi.
Beliau berkata kekuatan operasi kini adalah seramai 125 orang terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, serta PBT, dan dibantu empat ekor anjing dari Unit K9.
Kelihatan pasukan SAR mengusung keluar seorang lagi mayat mangsa tanah runtuh Bukit Kukus, yang ditemukan sekitar 11.45 pagi tadi, untuk dilakukan proses pengecaman oleh kenalan atau ahli keluarga mangsa, sebelum dibawa ke hospital.@501Awani pic.twitter.com/R4h7v05O1Z
— FA (@FirdausAzil) October 20, 2018
Kelihatan seorang daripada ahli keluarga atau kenalan mangsa rebah selepas melakukan proses pengecaman terhadap mayat yang baharu ditemukan itu.@501Awani pic.twitter.com/u50izyF6q8
— FA (@FirdausAzil) October 20, 2018
Walaupun operasi terhenti seketika pada pukul 5 pagi tadi kerana jentera Bomba kehabisan minyak, namun ia diteruskan semula selepas masalah itu diselesaikan.
Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar, angka terkini mangsa tragedi itu ialah 10 orang.
Topic Berkaitan
#bomba dan penyelamat
#bukit kukus
#SAR
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan