awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Everest: Masa makin suntuk, KBS salur RM1.48 juta pergiat operasi SAR Hawari

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/05/2023
11:30 MYT
Tragedi Everest: Masa makin suntuk, KBS salur RM1.48 juta pergiat operasi SAR Hawari
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dr Nagulendran Kangayatkarasu pada sidang media berkenaan bantuan kewangan dari kerajaan Malaysia bagi misi pencarian pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Everest, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Operasi pencarian pendaki orang kurang upaya pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest, kini hanya berbaki empat hari.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr Nagulendran berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berdepan fasa kritikal disebabkan musim pendakian berakhir pada 29 Mei ini.
"Ini bermakna, tarikh akhir bagi misi pencarian mangsa bagi tahun ini adalah Ahad ini," katanya pada sidang media selepas mengumumkan bantuan RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi misi pencarian Muhammad Hawari di lobi Parlimen, di sini pada Rabu.
Berikutan itu, Nagulendran mengajak rakyat Malaysia bersama-sama berdoa agar mangsa dibawa pulang ke tanah air dengan selamat.
Sementara itu, Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar, Datuk Mohammad Ali Selamat memaklumkan kawasan pencarian Muhammad Hawari kini diperluaskan radiusnya sehingga ke Tibet.
"Malah operator yang berada di laluan pendakian bermula dari Tibet sudah dimaklumkan untuk membantu mengesan Hawari. Usaha kerajaan diperluas, bukan semata-mata di Nepal tetapi turut membabitkan kawasan di Tibet," katanya.
Chef De Mission Misi Pendakian Everest, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor yang turut hadir pada sidang media itu berkata, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Iskandar Ampuan Yaacub dan Muhammad Hawari membuat persiapan yang secukupnya termasuk menjalani latihan fizikal lebih empat tahun sebelum menyertai misi menawan puncak tertinggi dunia itu.
"Namun misi pencarian berdepan beberapa kesukaran susulan masalah pendengaran yang dihadapinya," ujar beliau lagi.
Jumaat lepas, Muhammad Hawari yang menyertai ekspedisi Malaysia Everest 2023 (ME2023) dilaporkan hilang ketika turun dari kem empat selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu dan dipercayai terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse, Nepal.
Sehari sebelumnya, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang juga antara peserta ME2023, dilaporkan meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#tragedi everest
#Muhammad Hawari Hashim
#operasi sar
#KBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan