awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Feri Triso: Enam beranak disemadi dalam satu liang lahad

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
02/01/2021
09:54 MYT
Tragedi Feri Triso: Enam beranak disemadi dalam satu liang lahad
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu apabila suami mangsa, Mohd Hamzah Razali sendiri membantu menurunkan jenazah ahli keluarganya.
SIMANGGANG:Enam daripada sembilan mangsa insiden kereta terjunam ke sungai di Batang Lupar dekat Sebuyau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang.
Jenazah allahyarham Siti Aishah Abdullah, 36 tahun bersama lima anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu apabila suami mangsa, Mohd Hamzah Razali sendiri membantu menurunkan jenazah ahli keluarganya.
Terdahulu, jenazah Siti Aishah bersama lima anaknya masing-masing Nor Shuhada Mohamad hamzah, 16, Khairunnisa Mohd hamzah,14, Mohd Aiman Mohd Hamzah 7, Muhd Mustaqim Mohd Hamzah 5 dan anak bongsunya, Mohd Ahmad Mohd Hamzah yang berusia empat bulan diuruskan di Hospital Sri Aman.
Kesemua jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Bandar Sri Aman sebelum dibawa ke tanah perkuburan itu.
Dalam pada itu tiga ahli keluarga yang beragama kristian pula masing-masing Ronany Ting, 33, Wallace Phang, 7, dan Alvin Phang 12, akan dibawa ke Sibu petang Sabtu untuk urusan pengebumian di Nirvana Sibu Memorial Park, Jalan Sibu-Bintulu, pada pagi Ahad.
Jenazah enam beranak dikebumikan dalam satu liang lahad.
Jenazah enam beranak dikebumikan dalam satu liang lahad.
BACA: Tragedi Feri Triso: Saya reda, kerana syurga buat mereka - anak mangsa
BACA: Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa
BACA: Tragedi Feri Triso: Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai
Topic Berkaitan
#Tragedi Feri Triso
#selamat dikebumi
#kebumi liang lahad
#Siti Aisyah Abdullah
#Mohd Hamzah Razali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan