awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Feri Triso: Shahril tak fikir tentang buaya, hanya mahu selamatkan mangsa

Afiezul Samit
Afiezul Samit
02/01/2021
11:40 MYT
Tragedi Feri Triso: Shahril tak fikir tentang buaya, hanya mahu selamatkan mangsa
Akui Shahril, pengalaman sebagai nelayan dan penduduk asal yang hidup berhampiran sungai tersebut menambah keyakinan mereka. - Astro AWANI.
SEBUYAU:"Kami tahu di sini memang banyak buaya, namun niat untuk membantu lebih kuat kerana itu kami tidak berfikir panjang sebelum terjun ke dalam sungai, untuk menyelamatkan mangsa,".
Itu pengakuan salah seorang penduduk Kampung Triso, Shahril Bujang ketika ditemui di Pangkalan Jeti Feri Triso pada Sabtu.
Beliau menjelaskan tindakannya dan beberapa penduduk lain yang membahayakan nyawa sendiri, untuk menyelamatkan sembilan individu yang terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar pada Jumaat.
"Kami tidak berfikir panjang sebaliknya tawakal sahaja. Yang penting, kami berusaha menyelamatkan mereka yang terperangkap," katanya mengimbas detik cemas itu selama sejam.
Untuk rekod, Batang Lupar merupakan antara sungai yang mempunyai reptilia buaya paling banyak di negeri itu.
Akui Shahril, pengalaman sebagai nelayan dan penduduk asal yang hidup berhampiran sungai tersebut menambah keyakinan mereka.
"Saya percaya, apabila niat kita baik, ingin membantu dan berbuat kebaikan, 'benda' itu tidak akan kacau," katanya.
Selain itu, menurut Ketua Kaum Kampung Triso Awang Mos Sulaiman, ketika proses mengeluarkan mangsa dari kenderaan, kesemua mereka sudah tidak sedarkan diri.
Ceritanya, apabila penduduk kampung memecahkan cermin hadapan kenderaan itu, kesemua mangsa sudah terapung.
"Kami keluarkan mereka, letakkan di lantai jeti dan ada penduduk kampung cuba membantu memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR). Namun mereka tidak sedarkan diri. Saya percaya mungkin disebabkan terlalu lama berada di dalam air," katanya.
Sementara itu, tindakkan berani penduduk itu telah mendapat pujian Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jamut Masing, yang menganggap ia sebagai sikap prihatin rakyat Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang membantu semampu yang boleh," katanya.
Topic Berkaitan
#Tragedi Feri Triso
#Sungai Batang Lupar
#buaya Batang Lupar
#Shahril Bujang
#Jeti Feri Triso
#James Jemut Masing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan