awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kapal selam: Jawi saran masjid, surau lakukan solat jenazah ghaib

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/04/2021
03:57 MYT
Tragedi kapal selam: Jawi saran masjid, surau lakukan solat jenazah ghaib
KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu (21 April) lepas ketika misi latihan penembakan torpedo di utara perairan Bali. - Facebook/Pusat Penerangan TNI
KUALA LUMPUR: Masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan solat jenazah ghaib bagi mangsa tragedi kapal selam KRI Nanggala 402.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail membuat saranan itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Susulan tragedi dan pengumuman semasa dibuat oleh kerajaan Indonesia berkaitan kelasi KRI Nanggala 402, Jawi menyarankan solat jenazah ghaib diadakan selepas solat Isya' pada malam ini (Selasa).
"Ini bagi mendoakan keampunan dan kerahmatan bagi mangsa yang telah terkorban," katanya.
Mohd Ajib turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati menghadapi ujian tersebut.
KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu (21 April) lepas ketika misi latihan penembakan torpedo di utara perairan Bali.
Pada 25 April, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto mengumumkan semua kru kapal selam itu terkorban.
Berdasarkan visual daripada "Remotely Operated Underwater Vehicle" terakam keadaan kapal berkenaan yang "terbelah menjadi tiga bahagian" di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Putrajaya
#Bali
#meninggal dunia
#karam
#Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
#JAWI
#solat jenazah ghaib
#Mohd Ajib Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan