KEMAMAN: Demi kasih terhadap adiknya, seorang abang sanggup bersama-sama mengikuti pasukan penyelamat dalam usaha pencarian Muhammad Fikri Saliman, 24, yang masih hilang akibat tragedi Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, di sini.
Shahrizal Saliman, 40, berkata, dia yang berada di sini sejak Selasa lalu masih kekal positif selain mendoakan supaya Muhammad Fikri berjaya ditemukan meskipun tidak mendapat sebarang petunjuk berhubung keberadaan adiknya itu.
"Saya memang berharap adik saya dijumpai sebab itulah saya masih ada di sini untuk menanti perkembangan terbaharu dan terkini mengenai dia.
"Apa-apa situasi yang berlaku pun saya akan terima selain menunggu dengan harapan yang masih lagi tebal dan kuat. Insya-Allah kalau ada rezeki saya dipertemukan dengan dia, saya sangat bersyukur.
"Apa-apa pertemuan sama ada hidup dan mati. Sekurang-kurangnya saya dapat jumpa adik saya," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Shahrizal berkata, dia juga turut bersama mengikuti pasukan penyelamat dalam usaha mencari dan menyelamat Muhammad Fikri di sekitar sungai serta lokasi-lokasi pencarian yang telah dikenal pasti.
"Selain pendekatan yang ada, saya juga melaungkan azan di lokasi bencana sebagai ikhtiar mencari mangsa yang hilang.
"Saya masih berharap dan tetap menunggu adik bongsu saya. Kalau jumpa antara hidup dan mati biarlah saya jumpa jasadnya," ujarnya.
Ahad lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu keluarga tersebut dari Batu Pahat, Johor dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air.
Setakat ini, lapan jasad sekeluarga mangsa tragedi itu telah ditemukan sejak lima hari operasi pencarian dijalankan bermula Ahad lalu.
Jasad Allahyarham Karim dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree Karim,6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4, ditemukan pada Ahad dan Isnin manakala Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah, 16, ditemukan pada Selasa.
Dua lagi mangsa yang masih belum, ditemukan ialah Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 06 2023
Shahrizal berkata, dia berdoa supaya Muhammad Fikri berjaya ditemukan meskipun tidak mendapat sebarang petunjuk berhubung keberadaan adiknya itu. - Gambar/ Sinar Harian
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup atas faktor keselamatan
Kawasan rekreasi terkenal Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup kepada orang ramai atas faktor keselamatan.
Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas
Perkara itu dikongsikan adiknya mengenai kenangan akhir bersama arwah selepas menerima gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Jumaat.
Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang
Muhamad Nazri berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu banyak membantu keluarga terutama dalam hal ehwal penjagaan ibu bapa mereka.
Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga kematian.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Kebun sawit dipenuhi pasir selepas banjir
Pasir dan batu kecil dihanyutkan ke kawasan kebunnya yang terdapat kira-kira 80 pokok sawit selepas tembok batu di tebing sungai runtuh.