awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kepala air: Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumi

Bernama
Bernama
08/07/2023
01:04 MYT
Tragedi kepala air: Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumi
Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat pada pagi Sabtu. - Gambar SINAR HARIAN
BATU PAHAT: Jenazah Muhammad Fikri Saliman, mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, Sabtu lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah, di sini, pagi ini.
Jenazah selamat dikebumikan pada 7 pagi dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan Allahyarham.
Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Seri Pengkalan, di sini, pada 4 pagi tadi.
Jenazah Muhammad Fikri terlebih dahulu dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu sebelum dibawa ke Batu Pahat, kira-kira 10.30 malam tadi.
Sementara itu, abang mangsa Shahrizal Saliman, 40, menzahirkan rasa syukur dengan penemuan mayat adik bongsunya itu.
"Alhamdulillah, selamat... tiada masalah dan dengan izin Allah, semua lancar. Saya rasa bersyukur sangat, dapat jumpa, dapat selesaikan jenazah dengan selamat dan sempurna," katanya dan menambah berita penemuan mayat adiknya diterima oleh semua ahli keluarga dalam keadaan tenang.
Mengulas lanjut, Shahrizal berkata, Allahyarham Muhammad Fikri, 24, sebelum ini melakukan dua tiga kerja bagi mencapai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga, hujung tahun ini.
"Kursus kahwin semua dah siap, dia rancang memang hujung tahun tetapi hasratnya tidak tercapai, ini semua kuasa Allah, Allah dah tentukan.
"Dia memang semangat, sebelum bertunang dia memang dah kumpul (duit), dia kerja keras nak kumpul duit," katanya lagi.
Muhammad Fikri, yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik adalah tunang kepada seorang daripada mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.
Mayat Muhammad Fikri ditemukan pada 9.20 pagi semalam, sekali gus menjadikan sembilan mayat dijumpai setakat ini manakala seorang lagi mangsa masih hilang iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14.
Pada kejadian Sabtu lepas, Muhammad Fikri berserta tunang dan lapan ahli keluarganya dipercayai dihanyutkan kepala air akibat hujan lebat di jeram berkenaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#tragedi kepala air
#jeram air putih
#lapan ahli keluarga dihanyutkan air
#mangsa tragedi kepala air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan