KUALA TERENGGANU: 'Mak tunggu Azizah balik ya esok'. Itu pesanan terakhir Allahyarham Azizah Eiyi, 40, kepada emaknya, Halimah Kasim, 63, sebelum bertolak ke Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di Kemaman pada Sabtu lalu.
Menurut Halimah, arwah anaknya sekeluarga sempat singgah di rumahnya di Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan sebelum bertolak ke kawasan perkelahan itu.
"Mereka ada pelawa untuk ikut bersama tetapi saya terpaksa menolak kerana tidak dapat sertai mereka yang bercadang untuk bermalam.
"Lagipun, suami (Eiyi Johari, 60) pula bekerja dan ketika mereka bertolak itu dia tiada di rumah," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada Selasa.
Halimah berkata, dia tidak menyangka ungkapan terakhir Allahyarham Azizah yang meminta untuk menunggu pulang tidak kesampaian.
"Apa yang diingini tidak berlaku. Perancangan Allah SWT lebih baik. Kini kami menunggu kepulangan jenazah Azizah untuk disemadikan," ujarnya.
Halimah berkata, Azizah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara ketika kali terakhir mereka bertemu.
"Seminggu sebelum ini Azizah dan anak-anaknya jarang datang ke rumah. Kalau tak, boleh dikatakan setiap hari mereka datang, pagi dan petang.
"Cucu-cucu suka datang ke rumah untuk bermain di sini," katanya.
Sementara itu, kakak ipar mangsa Allahyarham Azizah, Rosilawati Kassim, 49, berkata, ibu mentuanya tidak berhenti menangis sejak hari pertama mendapat tahu adik iparnya sekeluarga dihanyutkan kepala air.
Menurut Rosilawati, pada mulanya dia berasa pelik kerana Halimah kelihatan murung dan tidak banyak bercakap selepas mendapat tahu khabar duka itu.
"Sehingga kini air mata mak belum kering. Masih sedih dengan tragedi yang menimpa.
"Apa yang berlaku adalah satu kehilangan besar buat kami sekeluarga," katanya.
Allahyarham Azizah merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik.
Rosilawati berkata, kali terakhir bertemu adik iparnya itu dua minggu lalu dan mereka tidak sempat bertemu pada Aidiladha kerana dia pulang ke kampung halaman di Ajil, Hulu Terengganu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 04 2023
Halimah (kiri) di samping suaminya, Eiyi di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu, pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: Tiga mayat ditemukan bawah kayu balak
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejak malam tadi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
Tragedi kepala air: Jenazah tiga beradik dikebumi satu liang lahad
Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, pada Khamis.
Tragedi kepala air: Operasi SAR meliputi kawasan lebih 59 km persegi
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman telah meliputi 100 peratus kawasan pencarian.
Tragedi kepala air: Pusat kawalan operasi SAR dipindahkan ke BBP Cheneh
Operasi pusat kawalan SAR di BBP Cheneh juga akan dibantu BBP Chukai dengan pengecilan skala pencarian mulai esok.
Tragedi kepala air: Pencarian mangsa terakhir fokus di sektor A
Pencarian di sektor B dan C turut akan dilakukan, namun dengan skala yang lebih kecil.
Tragedi kepala air: Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumi
Mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah.
Tragedi kepala air: Pasukan SAR buat usungan dengan batang kayu
Anggota pasukan SAR tragedi kepala air Jeram Air Putih bukan sekadar mengerah keringat malah menunjukkan kesungguhan mereka dalam memastikan semua mangsa segera dibawa 'pulang'.
Tragedi kepala air: Operasi SAR kesan dua lagi mangsa diteruskan
Operasi itu melibatkan seramai 279 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, PDRM dan PGA selain turut dibantu orang awam.
Tragedi kepala air: Gagal temui petunjuk, PKTK polis ditutup
Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, ditutup petang ini selepas pencarian mangsa tragedi kepala air pada hari keempat operasi mencari dan menye