awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kren Masjidilharam: 8 jemaah masih gagal dikesan, pencarian dipergiat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/09/2015
03:23 MYT
Tragedi kren Masjidilharam: 8 jemaah masih gagal dikesan, pencarian dipergiat
Lima daripada 10 jemaah haji Malaysia yang menjadi mangsa dalam insiden tersebut kini telah dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing.
Lapan jemaah haji Malaysia masih gagal dikesan oleh pihak pengurusan Tabung Haji (TH) sehingga jam 5 pagi waktu Malaysia, susulan tragedi kren tumbang di Masjid al-Haram, pada Jumaat lalu yang mengorbankan 107 nyawa dan mencederakan 237 yang lain.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan TH, sehingga 4 pagi waktu Malaysia, pasukan perubatan TH masih tidak dibenarkan untuk memasuki rumah mayat dalam usaha untuk mencari dan mengenal pasti jika ada jemaah haji Malaysia yang maut dalam insiden kren tumbang pada Jumaat lalu.
"Pasukan mencari dan menyelamat TH masih menggiatkan usaha untuk mencari dan mengesan kesemua jemaah berkenaan," memetik kenyataan media berkenaan.
Berikut merupakan jemaah haji Malaysia yang masih gagal dikesan:
1. Abdul Habib Lahman (68 tahun), Sik, Kedah
2. Shahidan Saad (52 tahun), Kodiang, Kedah
3. Zainun Taha (69 tahun), Ampang, Selangor
4. Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan
5. Munah Jusoh (73 tahun), Cherang Ruku, Kelantan
6. Siti Nuroshlizan Zolkifli (37tahun), Tanah Merah, Kelantan
7. Abdul Muluk Ishak (71 tahun), Pantai Remis, Perak
8. Rusiah Suar (56 tahun), Sungkai, Perak
BACA: Tragedi kren runtuh Masjidilharam: Identiti 8 jemaah Malaysia dikenal pasti
FOTO: Tragedi kren runtuh di Masjidilharam, Mekah
VIDEO: Saat-saat cemas dirakam jemaah haji
Dalam pada itu, lima daripada 10 jemaah haji Malaysia yang menjadi mangsa dalam insiden tersebut kini telah dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing.
Lima lagi jemaah haji Malaysia yang kini masih menerima rawatan di Pusat Rawatan TH turut dilaporkan stabil.
Orang ramai serta waris boleh menghubungi talian 03-62071919 untuk mendapatkan maklumat perkembangan terkini proses perjalanan musim haji bagi tahun ini.
Topic Berkaitan
#Haji
#jemaah
#Makkah
#Masjidil Haram
#Mecca
#Mekah
#Najib Razak
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan