Tragedi langgar lari Cyberjaya: Jenazah mangsa selamat dikebumi

Astro Awani
Oktober 18, 2018 12:03 MYT
Rakaman CCTV kejadian. Gambar kecil Wan Amirah Wan Alias. - Foto Sinar Harian
Lebih 100 ahli keluarga dan kenalan hadir di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Wan Amirah Wan Alias, 31 tahun, mangsa langgar lari di Cyberjaya malam tadi.
Jenazah Wan Amirah selamat dikebumikan jam 5.30 petang selepas disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, sebuah kereta model Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 merempuh Wan Amirah di hadapan bangunan kedai di Dataran Shaftsbury, Cyberjaya.
Melalui visual CCTV yang tular di media sosial ketika ini, mangsa yang menyedari kereta itu dipandu laju, cuba berlari ke tepi jalan namun gagal apabila kereta itu merempuh dan menyeretnya beberapa meter.
BACA: Tragedi langgar lari Cyberjaya: Wanita melintas jalan maut dirempuh
BACA: Tragedi langgar lari Cyberjaya: Berang dilarang parkir di petak OKU rupanya
Wan Amirah yang cedera parah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia jam 4 pagi tadi.
#CCTV #Cyberjaya #Dataran Shaftsbury #hospital putrajaya #Hyundai #jenazah #kebumi #kemalangan #kereta #langgar lari #media sosial #Wan Amirah Wan Alias