awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
03/01/2018
06:15 MYT
Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kedua-dua remaja itu dituduh bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju pada 14 Sept lalu. - Gambar fail
Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun disabitkan atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, September lepas dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untu dibicarakan.
Majistret Siti Radziah Kamarudin memutuskan perkara tersebut dalam sebutan semula kes melibatkan dua remaja tersebut.
Permohonan untuk memindahkan kes dibuat mengikut Seksyen 177A Kanun Acara Jenayah.
Dua remaja berusia 16 tahun itu dituduh bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 September lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Majistret Zilfinaz Abbas memutuskan salah seorang tertuduh kes bakar pusat tahfiz tersebut dilepas tanpa dibebaskan atas dakwaan memasukkan dadah jenis ganja dan syabu ke dalam badan.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada jam 11.35 pagi, 16 September lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Nordin Ismail dan Nurakmal Farhan Aziz manakala dua remaja itu diwakili peguam Haijan Omar dan Joanne Chua.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi, 14 September 2017, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.
Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian terbabit.
BACA: Kes bunuh pusat tahfiz: Sebutan semula kes 3 Januari
BACA: Kes bakar tahfiz: Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah
Topic Berkaitan
#Dadah
#Datuk Keramat
#guru
#kebakaran
#Mahkamah Majistret
#Mahkamah Tinggi
#mangsa
#pelajar
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan