awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi solat Jumaat: Wanita disangka mati sebenarnya masih hidup

Agensi
Agensi
21/03/2019
07:24 MYT
Tragedi solat Jumaat: Wanita disangka mati sebenarnya masih hidup
Seorang suspek pengganas telah didakwa atas kesalahan membunuh seorang individu, yang merupakan seorang wanita yang identitinya tidak dibenar didedahkan oleh mahkamah. - Gambar fail/REUTERS
Polis New Zealand tampil memohon maaf selepas tersalah menyenaraikan seorang wanita sebagai mangsa terkorban akibat serangan masjid di Christchurch, Jumaat lalu walaupun dia sebenarnya terselamat, menurut laporan akhbar The Guardian.
Dalam kejadian minggu lalu itu, seorang suspek pengganas telah didakwa atas kesalahan membunuh seorang individu, yang merupakan seorang wanita yang identitinya tidak dibenar didedahkan oleh mahkamah.
“Satu kesilapan dilakukan ketika dalam persiapan menyiapkan dokumen pendakwaan untuk suspek berkenaan atas kesalahan membunuh yang dikaitkan dengan serangan pengganas di Christchurch,” kata seorang jurucakap polis.
“Kesilapan itu membabitkan nama yang salah di dokumen pendakwaan tersebut,” tambahnya.
Jelasnya, pihak polis telah berhubung dengan wanita yang terbabit dalam kesilapan tersebut dan memohon maaf kepadanya.
“Polis New Zealand amat kesal dengan kesilapan ini dan memohon maaf untuk apa-apa kesan akibat kesilapan ini,” tambahnya.
Isu itu timbul apabila wartawan portal berita Stuff NZ sedang mengira kesemua mangsa yang terkorban dan mendapati 51 nama - termasuk wanita yang terbabit dalam dokumen dakwaan tersebut, walaupun polis mengesahkan jumlah mangsa hanya 50.
Sesudah itu, wartawan tersebut sedar bahawa wanita itu masih hidup.
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Christchurch New Zealand
#Jacinda Ardern
#Masjid Christchurch
#serangan masjid
#serangan pengganas Christchurch
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan