KOTA KINABALU: Walaupun tempoh lapan tahun telah berlalu, tragedi berdarah Kampung Tanduo dekat Lahad Datu, lebih 200 km dari sini yang meragut nyawa enam wira negara, masih segar dalam ingatan balu mereka yang kehilangan tempat bergantung.
Ketibaan bulan Ramadan terutamanya, membangkit kerinduan tidak terperi, namun keberadaan anak-anak diakui menjadi sumber kekuatan buat mereka meneruskan kehidupan.
Marlina Utan, 47, balu kepada Allahyarham Sarjan Salam Togiran berkata kekosongan amat dirasai apabila tiba bulan Ramadan terutama tatkala terkenang juadah kegemaran arwah suaminya.
"Terkenang arwah suami amat gemar berbuka puasa dengan menu mi goreng dan air teh. Kadang-kadang saya termimpi arwah.. itu mungkin terikut-ikut dengan perasaan saya," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Kingfisher di sini hari ini.
Allahyarham Salam merupakan salah seorang daripada enam anggota polis yang terbunuh dalam satu serangan di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna pada 2 Mac 2013, selepas rundingan bagi menamatkan pencerobohan ke dalam negara gagal.
Ia bermula apabila satu kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina tiba di Kampung Tanduo di Lahad Datu pada 11 Februari 2013 menuntut Sabah bagi pihak Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.
Marlina berkata akibat peristiwa itu juga, dia mengalami serangan panik serta kemurungan dan kini masih menjalani rawatan di salah sebuah hospital kerajaan di sini.
"Bagi menenangkan perasaan, saya bersama anak-anak mengambil keputusan berpindah dari Tawau ke Kota Kinabalu pada 2016 kerana saya ingin sembuh, dan Alhamdulillah sekarang keadaan saya semakin baik," katanya sambil menambah bahawa empat anaknya yang berusia antara 10 dan 24 tahun menjadi sumber kekuatan buat dirinya.
Sumiati Suarah, 59, balu kepada seorang lagi wira yang terbunuh dalam insiden itu Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Amit; turut mengaku dua anaknya berusia 21 dan 19 tahun menjadi kekuatan sejak pemergian arwah suaminya yang sebelum ini banyak membantu dirinya yang menghidap pelbagai penyakit.
"Dia (arwah) selalu tolong buat kerja rumah selepas pulang dari kerja, menyapu lantai rumah sambil bising-bising, memang begitulah sifatnya, tetapi sekarang sunyi tanpa mendengar suaranya lagi," katanya sambil menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa yang masih mengingati dan menghargai pengorbanan Allahyarham.
Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Jamaluddin Mohd Ali berkunjung ke kediaman mereka sempena program menyantuni balu dan waris perwira yang terkorban dalam insiden Kampung Tanduo.
Jamaluddin berkata program itu akan diteruskan setiap tahun, khusus bagi memperingati jasa untuk semua wira negara yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Jamaluddin (empat dari kiri) menyantuni balu dan waris perwira yang terkorban dalam insiden Kampung Tanduo. - Gambar/ Facebook @Esscom
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.