awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selamatkan dua pembantu rumah dijadikan buruh paksa

Bernama
Bernama
20/12/2025
09:00 MYT
Polis selamatkan dua pembantu rumah dijadikan buruh paksa
Majikan mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50 dan 30 tahun direman sehingga esok untuk membantu siasatan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis menyelamatkan dua pembantu rumah warga Indonesia dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa oleh seorang ahli perniagaan dan anaknya di sebuah rumah di Kayangan Heights di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata serbuan dilakukan pada 2.30 petang dengan mangsa berusia 48 dan 33 tahun mendakwa telefon bimbit dirampas, dipaksa bekerja lebih masa, sering dipukul serta tidak dibayar gaji sejak dua bulan lepas.
"Seorang daripada mereka bekerja untuk tempoh dua tahun dan seorang lagi sebulan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ramsay berkata majikan mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50 dan 30 tahun direman sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah ASP Md Anuar bin Md Amilah@Harun menerusi talian 019-2255597 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#pembantu rumah
#buruh paksa
#majikan ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan