KUCHING:Kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso, kira-kira 120 kilometer dari sini, dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam sungai itu dan mengorbankan sembilan nyawa yang berada di dalamnya.
Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Bingkok John berkata 4WD jenis Ford Ranger yang dipandu oleh seorang wanita, Ronany Ting, 33, itu dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Kuching menggunakan Jalan Beladin-Meludam.
"Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu gagal mengawal pergerakan kenderaan itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas dan menggelongsor jatuh ke dalam (Sungai) Batang Lupar," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Menurutnya orang ramai yang berada di kawasan jeti itu sempat mengikat kenderaan berkenaan dengan rantai besi dan menariknya bagi menghalang 4WD tersebut tenggelam sebelum bertindak mengeluarkan kesemua mangsa.
"Siasatan punca kejadian dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (Sri Aman). Kesemua mayat dibawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat," katanya.
Selain Ronany, tragedi kira-kira 3 petang itu turut mengorbankan lapan lagi penumpang iaitu Siti Aisha Abdullah, 36; tiga remaja yang dikenal pasti sebagai Nor Shuhada Mohamad, 16 (perempuan); Khairunnisa Muhamad, 14 (perempuan); Alvin Phang, 12 (lelaki) dan tiga kanak-kanak lelaki iaitu Wallace Phang,7; Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7 dan Muhd Mustaqim Mohd Hamdan, 5.
Tragedi itu turut meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dikenal pasti sebagai Mohd Ahmad Mohd Hamdan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Katanya wakil beliau juga telah bertemu dengan anggota keluarga mangsa.
"Saya berharap semua pengguna Feri Triso berhati-hati dalam perjalanan, terutamanya yang dalam perjalanan jauh dan sentiasa mengutamakan keselamatan anda dan keluarga anda," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 01 2021
Tragedi itu turut meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dikenal pasti sebagai Mohd Ahmad Mohd Hamdan. -Bomba Sarawak
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Tragedi Triso: Kenderaan hilang kawalan sebelum jatuh ke sungai - Polis
Dipercayai pemandu gagal mengawal pergerakan kenderaan itu menyebabkan ia terbabas dan menggelongsor jatuh ke dalam Sungai Batang Lupar.