KUALA LUMPUR: Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menerajui enam fungsi utama dalam mengambil alih peranan Pusat Governans, Intergriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) sebelum ini.
Pengarah BPGN, Datuk Abd Aziz Aban berkata, pihaknya kekal komited dalam memastikan agenda pembanterasan rasuah dan pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti tetap menjadi asas utama.
“Ia menjadi lebih besar kerana tatakelola meliputi pelbagai perkara bukan sahaja integriti atau isu-isu penyelewangan serta rasuah malah isu kelemahan tatakelola dalam pentadbiran yang telah ditekankan oleh Perdana Menteri.
“Walaupun dari segi tenaga kerja kita kekurangan, namun kita sedang berusaha memohon pertambahan jawatan disebabkan tugas-tugas semasa yang semakin meningkat.” katanya pada sesi wawancara di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
BPGN berperanan untuk menasihati Kerajaan dan melaporkan perkembangan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Perdana Menteri.
Menurutnya, NACP yang berakhir 31 Disember itu akan digantikan dengan NACS yang bakal dilancarkan pertengahan tahun ini.
“Mana-mana inisiatif yang tidak selesai, baki daripada 85 inisiatif tersebut sebahagiannya kita sedang telilti sekarang untuk kita bawa ke NACS yang diusulkan oleh Perdana Menteri dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) siri 17,” katanya.
Pembangunan NACS melibatkan tindakan penyelarasan input dan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh bagi menggariskan hala tuju dan komitmen negara untuk tempoh lima tahun bermula 2024 hingga 2028.
Mengulas mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023, SPRM optimis untuk terus memperoleh skor positif dan mencapai sasaran Perdana Menteri untuk berada di tangga ke-25 teratas dunia dalam tempoh 10 tahun.
“Kita akan menubuhkan pasukan khas CPI dan kita akan membuat pembentangan mengenai langkah-langkah pemantapan pencapaian CPI ini dan kita berharap agar ahli Kabinet yang lain setuju untuk kita memulakan langkah awal.
“Kalau kita bersungguh dan ada kehendak politik yang kuat seperti Perdana Menteri sekarang sasarkan begitu, kita ada lesen untuk memantau dan bertanya lebih kepada agensi-agensi atau jabatan mengapa masih berlaku ketirisan,” tambahnya.
Malaysia yang kini menduduki tangga ke-57 daripada 180 buah negara, menunjukkan peningkatan prestasi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) selepas skor melonjak tiga mata pada tahun 2023 dengan jumlah 50 mata.
Bagaimanapun, usaha keras tersebut tidak hanya diletakkan di atas bahu SPRM kerana jenayah rasuah harus dibanteras oleh semua pihak bagi mengelakkan ia terus dinormalisasikan.
Selain itu, pembangunan Pelan Tatakelola Baik Malaysia juga merupakan salah satu inisiatif yang sedang diusahakan oleh BPGN dalam mewujudkan panduan kepada sektor awam berhubung pelaksanaan prinsip-prinsip tatakelola baik ke arah memastikan pentadbiran Kerajaan dan penyampaian perkhidmatan awam berlandaskan tatakelola baik.
Astro Awani
Thu Mar 07 2024
Pengarah BPGN, Datuk Abd Aziz Aban ketika sesi wawancara di ibu pejabat SPRM, Putrajaya. - Gambar/ SPRM
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Transformasi BPGN perkuat usaha banteras rasuah Malaysia
Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) terus menerajui enam fungsi utama dalam mengambil alih peranan Pusat Governans, Intergriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) sebelum ini.