awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transformasi eksport mineral mentah kepada produk separa siap, produk akhir

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2022
04:40 MYT
Transformasi eksport mineral mentah kepada produk separa siap, produk akhir
Sehubungan itu jelasnya, untuk merealisasikan hasrat ini, kementerian amat mengalu-alukan kerjasama dari pelbagai pihak untuk melibatkan diri dalam penghasilan produk mineral khususnya NR-REE. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Dalam mendukung usaha untuk membangunkan industri mineral secara holistik, industri pengurusan mineral bagi unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang bakal dibangunkan di Malaysia akan ditransformasi daripada pengeksportan mineral secara mentah kepada penumpuan terhadap pengeksportan produk separa siap di peringkat pertengahan atau produk akhir berasaskan mineral di peringkat hiliran.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan usaha ini adalah penting dalam memastikan pembangunan industri NR-REE di Malaysia tidak terhenti di peringkat huluan sahaja.
"Sebaliknya diperluaskan lagi hingga menghasilkan satu ekosistem industri NR-REE yang lengkap yang mampu memberi sumbangan signifikan kepada ekonomi negara.
"Hal ini adalah selaras dengan penyataan Dasar Mineral Negara 2 (DMN2) yang menekankan pembangunan sumber mineral secara efisien dan bertanggungjawab di samping mengusaha hasilkan sumber secara optimum.
"Di samping itu juga, seiring dengan perkembangan pesat teknologi, keperluan sumber NR-REE akan terus meningkat dan mendapat permintaan yang tinggi. Oleh yang demikian, kita perlu memastikan industri NR-REE di Malaysia diberi nafas baharu dengan penghasilan produk-produk yang bernilai tinggi," katanya dalam ucapan beliau sempena Majlis Perasmian 10th SIMPOMIN 2022: NR-REE (Non-Radioactive Rare Earth Element) dengan tema “NR-REE: Future Treasure, Now or Never”.
Ucapan tersebut dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Rosli Isa pada Khamis.
Sehubungan itu jelasnya, untuk merealisasikan hasrat ini, kementerian amat mengalu-alukan kerjasama dari pelbagai pihak untuk melibatkan diri dalam penghasilan produk mineral khususnya NR-REE melalui penceburan dalam aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I).
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Takiyuddin Hassan
#nadir bumi
#NR-REE
#eksport mineral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan